𝟐𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.5K 280 21
                                    

"HAVE you found your 'someone right' yet?"

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

"HAVE you found your 'someone right' yet?"

Rayyan angguk.

"Who?"

Nadra bertanya dengan hatinya yang berdebar kuat itu. Dia mahu tahu siapa tetapi dalam masa yang sama dia takut.

"She's right beside me,"

Terukir senyuman kecil di bibir Rayyan yang jarang  orang lihat itu.

"Ha?" Itu sahaja yang dapat dikeluarkan dari bibir comel Nadra itu. Rayyan tidak lagi memandang ke arahnya.

Jantung Nadra berdebar hebat, pipinya yang gebu itu merona merah mendengar ayat Rayyan itu tadi.

Dia terkejut. Lama Nadra memandang Rayyan. Gadis itu tak dapat nak mengalihkan pandangan akibat terkejut sangat. Biar betul?

Rayyan yang merasakan pandangan itu menoleh ke arah Nadra. Kening Rayyan terjungkit, senyuman kecil juga terukir pada bibir Rayyan.

Semakin merah muka Nadra apabila melihat senyuman Rayyan yang indah itu. Handsome! Lesung pipit di pipi kanan Rayyan itu jelas di mata Nadra. Hampir sahaja Nadra membalas senyuman.

Kenapa Rayyan sorok senyuman dia yang mampu mencairkan semua gadis di dunia itu? Kalau kaum hawa lain yang nampak, mesti pengsan. Nadra terlalu terkejut untuk pengsan!

Rayyan memang tak dapat nak menahan lagi senyumannya itu bila matanya tertangkap pada pipi Nadra yang sudah merah padam itu.

Nadra segera melarikan pandangan. Habis Rayyan nampak dia blushing! Malunya. Nak sorok muka dalam pasir ni boleh tak?

Paling Nadra tak jangka, kenapa Rayyan confess dekat pantai ni? Ingat romantik ke? Memang ye tapi... dia kan dah berpunya.

Lambat lagi Nadra nak rampas hak orang. Sekali dia tau itu hak orang, dia akan menjauhkan diri. Takut apa - apa yang jadi, dia kena tempias sekali. Jadi, baiklah dia berjaga - jaga.

Nasib baik yang lain semua tengah sibuk borak dan makan. Nadra dan Rayyan sahaja yang duduk dekat dengan air laut itu.

Kalau ada yang dengar, makin malu Nadra.

Bila Nadra hanya diam, Rayyan bersuara kembali.

"I'm not lying, Nadra. I'm telling you the truth." Rayyan berkata, nadanya lembut seakan - akan mahu membuat Nadra percaya dengan kata - katanya itu.

Nadra masih berdiam diam. Dia tidak tahu membalas apa. Nak kata suka juga, Rayyan dah berpunya. Nak reject, tak sampai hati. Bila Nadra menoleh semula ke arah Rayyan, jejaka itu masih tersenyum.

Ya Allah, kacaknya ciptaan mu ini. Cair Nadra kalau macam tu.

Tapi kalau dia hak orang, kenapa dia berkata begitu dengan Nadra? Gadis itu diam sebab itu sebenarnya.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Kde žijí příběhy. Začni objevovat