𝟐𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.8K 291 12
                                    

"NAD mesti kenal dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NAD mesti kenal dia."

Aik? Jantung Nadra semakin laju berdegup. Nervous.

"Siapa ibu?" Soal Nadra, ingin tahu. Nadra menatap wajah ibunya.

Tiba - tiba, Nabeel mengambil alih untuk memberi jawapan apabila melihat ibu yang tidak tahu tahu memberi jawapan apa.

"Pensyarah Nad. Rayyan."

Membulat mata Nadra, mulutnya terbuka luas tetapi tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar.

Degupan jantung Nadra semakin laju sebaik sahaja dia mendengar sebaris nama itu. Tekak yang terasa kering itu Nadra telan air liur.

Wajah Nabeel ditenung, menunggu kata 'gurau' daripadanya tetapi wajah Nabeel hanya serius.

Lidah terasa keras. Mimpikah dia sekarang ini? Jadi betulah apa yang Rayyan luahkan pada hari itu? Dia tak main - main?

"Nad okay tak ni?" Soal Nabeel dengan riak wajah yang risau selepas melihat adiknya yang pucat lesu itu.

Rayyan? Masuk meminang? Nadra?

Suara Nabeel kedengaran samar - samar sahaja. Ibu dan ayah pun risaukan Nadra. Dah kenapa dengan anak dia yang seorang ni? Orang masuk meminang je, bukannya nak ajak masuk rumah hantu pun.

"Nad..." Tegur Nabeel sekali lagi, bahu Nadra digoncang lembut bagi mematikan lamunan adiknya itu.

Mata Nadra yang masih merenung Nabeel tidak berkelip itu terus dia larikan. Keluhan berat dilepaskan.

Gila lah pensyarah dia yang seorang itu! Kenapa Rayyan tak cakap apa - apa dekat dia? Memang lah dia ada luah perasaan, Nadra ingat Rayyan hanya bergurau tapi... tidak rupanya.

"Ibu cakap apa lepastu?" Nadra kembali bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri.

Kepala Nadra menoleh ke arah ibu yang lagi tadi sedang memandang anak keduanya itu. Dia menunggu jawapan ibu.

"Ibu dan ayah mahukan persetujuan daripada Nad. Kami berdua okay je, Nabeel pun okay. Rayyan pun nampak baik orangnya tapi ibu nak Nad yang buat keputusan. Nad pun kenal sendiri pensyarah Nad kan?" Jelas ibu sambil mengusap tangan Nadra yang lembut itu.

Nampak je baik, tapi kita tak tau apa yang ada dalam fikiran dia. Nadra bukan mahu fikir negatif tentang Rayyan tapi dia taknak beri harapan yang tinggi jadi dia perlu berjaga - jaga daripada sekarang.

Nadra tak nafikan, Rayyan sudah banyak membantu dia dari segi pembelajaran. Bukan itu sahaja, Rayyan juga banyak membantu Nadra dari segi mental.

Rayyan kerap memberi nasihat dan kata - kata semangat untuk Nadra apabila gadis itu memerlukannya.

Tetapi boleh kah dia percaya akan lelaki itu?

'Kalau kisah pahit itu berlaku lagi, apa yang Madra boleh buat kalau dia sudah terikat dengan Rayyan nanti?' Suara hati Nadra berkata.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now