𝟏𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.8K 266 3
                                    

TIGA hari yang lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TIGA hari yang lepas.

Sebaik sahaja Rayyan memasuki perut kereta, dia memulakan enjin sambil menunggu Arifah untuk masuk sekali. Tangan kiri memegang stereng, kanan pula disandar pada tingkap kereta.

Rayyan tak menoleh langsung apabila Arifah masuk. Dengar sahaja pintu kereta ditutup, dia menghela nafas panjang.

"Arifah cakap apa tadi dengan Nadra?" Soal Rayyan dengan penuh tegas. Kening berkerut tanpa memandang ke arah gadis yang sedang memakai tali pinggang keledar. Anak perempuan kecil iaitu, Arfah duduk diam sahaja di atas peha Arifah.

Selalu dipanggil Ifah, bila dah kena panggil nama penuh bermaksud Rayyan memang tak gemar dengan apa yang Arifah buat. Arifah mampu menelan air liur sahaja.

"Ifah..."

"Kenapa Ifah cakap abang ni suami Ifah dekat Nadra? Berapa kali abang cakap jangan sesekali libatkan abang dalam hal Ifah. Tak faham lagi ke?" Semakin tegas suara Rayyan membuatkan Arifah tersentak.

Rayyan memang kalau boleh dia tak nak marah sesiapa tapi dia tak suka bila orang libatkan dia dalam hal peribadi orang lain. Apatah lagi bila ia melibatkan status nya sendiri.

Dia tak nak orang lain salah faham. Tengoklah macam mana dia layan Arifah dekat Toppen tadi, sikit pun tak pandang.

Rayyan jelas sedang marah tapi dia kawal diri sendiri untuk tidak tinggikan suara. Dia tak suka nak tinggi suara dengan orang, lebih - lebih lagi perempuan. Dia sendiri faham hati perempuan ni lembut.

"Ifah tak sengaja, bang..." Sayu sahaja suara Arifah namun sikit pun tak dapat nak meredakan kemarahan Rayyan.

Rayyan memejam mata dan menarik nafas panjang. Dia beristighfar di dalam hati supaya dia dapat bersabar.

"Abang tak nak orang salah faham dengan kita Ifah. Bukannya abang tak peduli pasal Ifah tapi abang dah pesan abang taknak Ifah libatkan abang dalam hal rumah tangga Ifah." Bebel Rayyan.

Arifah hanya menunduk kepala sambil mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut Rayyan.

Arfah sudah pun tidur di atas peha Arifah, kepala disandarkan pada bahu Arifah. Rayyan tak nak bagi Arfah bangun, jadi Rayyan memperlahankan suaranya sedikit.

Arifah sudah cerai 6 bulan yang lepas. Suaminya tak nak bertanggungjawab untuk jaga Arfah.

Dah tau buat taknak jaga!

Lagipun Arifah kahwin lari sebab mak ayah tak terima lelaki tu.

"Ifah boleh je kan bagi alasan lain dekat Nadra? Boleh kan Ifah cakap abang ni cousin Ifah?" Bertalu - talu Rayyan memberi ayat pada adik saudara nya itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now