𝟒𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.7K 177 9
                                    

"SAYANG, lepas zuhur ni mak ngah nak datang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYANG, lepas zuhur ni mak ngah nak datang. Kita masak sama - sama jom untuk dia orang." Tegur Rayyan sambil memeluk pinggang Nadra daripada belakang, dagu disandarkan di atas kepala Nadra, ibu jari mengusap lembut pinggang Nadra yang berlapik dengan hoodie milik Rayyan.

Tanpa pengetahuan suami sendiri tadi dia mencuri hoodie sebab terlalu selesa. Walaupun ia besar dan menggelebeh sehingga menampakkan bahu tetapi bauan minyak wangi Rayyan itu yang membuatkan dia suka, terasa dipeluk setiap masa dengan suami.

"Abang nak masak apa? Nad on je." Balas Nadra sambil membasuh pinggan yang terakhir di dalam sinki. Pili air ditutup sebelum mencapai tisu kering untuk lap tangan yang basah lalu dibuang ke dalam tong sampah.

"Masak asam pedas jom, teringin nak makan asam pedas lagi." Ujar Rayyan.

Asam pedas memang lauk kegemaran Rayyan tapi hanya masakan daripada mama dan Nadra sahaja. Mama juga yang ajar Nadra cara buat asam pedas kegemaran jejaka itu.

"3 hari lepas baru je makan asam pedas, nak lagi?" Soal Nadra bersama senyuman kecil, tubuhnya kini menghadap Rayyan. Jejaka itu mengangkat tubuh Nadra lalu diletakkan ke atas meja batu itu dan disandarkan kedua tangan di atas meja. Wajahnya begitu dekat dengan Nadra sehinggakan gadis itu malu. Dah lah kahwin pun masih malu!

"Kalau boleh nak setiap hari." Balas Rayyan, anak matanya bermain dengan anak mata Nadra. Sempat dia mengukirkan senyuman kecil buat Nadra yang sedang tersipu malu itu. Seronok ye mengusik?

"Amboi?" Terjungkit kening Nadra.

Rayyan tergelak kecil.

"Jom sayang, kita solat dhuha, take a nap and then we cook together." Ajak Rayyan. Nadra mengangguk laju. Bab tidur memang laju. Tangan gadis itu ditarik lembut untuk menaiki tangga satu per satu.

"Mak ngah abang garang tak?" Nadra bersuara semasa mereka masih menaiki tangga.

"Boleh tahan garang juga tapi dengan anak - anak dia dan anak - anak saudara dia je, sayang jangan risau." Balas Rayyan sambil merangkul pinggang Nadra. Pintu bilik dikuak sebelum mereka melangkah masuk.

"Betul eh? Kalau Nad kena marah tiba - tiba macam mana?" Soal Nadra lagi, hati pun tidak senang bila membayangkan wajah garang mak ngah walaupun dia tak pernah jumpa.

"Betul sayang... Kalau dia marah, abang ada dengan sayang. Gila apa abang nak biar dia marah isteri abang?" Rayyan balas pertanyaan Nadra itu dengan lembut.

"Dah, pergi ambil wudhu. Kejap lagi abang nak ambil wudhu pula." Kata Rayyan. Nadra mengangguk dengan senyuman kecil sebelum bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu.

...

"Abang..."

"Iye sayang..."

"Betul ke abang tak pernah ada crush dulu? Cinta monyet pun tak pernah?" Soal Nadra dalam nada tidak percaya. Rupa atas sampai bawah dah elok, gentleman, baik, dah bijak pula tu. Takkan lah dia tak minat dengan mana - mana perempuan pun?

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now