𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 | 𝟏

6.9K 170 7
                                    

Setahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun kemudian.

        Masam muka Nadra. Kaki dihentak, menaiki anak tangga tanda memberontak. Namanya yang diseru oleh suami tidak dihiraukan. Toleh pun tak mahu. Menonong sahaja dia masuk ke dalam kamar mereka. Pintu ditutup rapat tapi tidak dihempas. Marah tapi tiada lah sampai nak rosakkan harta benda dekat rumah ini.

        Punggung dihempas di atas katil. Tubuh sendiri dipeluk. Mulutnya muncung dan dahi berkerut seribu. Belakang disandarkan pada kepala katil.

        "Aduh, keras pula benda alah ni!" Gumam Nadra penuh geram. Bantal kepala dicapai dan ditepuk beberapa kali lalu diletakkan di belakang. Lembut sedikit daripada kepala katil yang keras tu.

        Geram dengan suami sampai katil jadi mangsa kena bebel. Jika katil itu boleh bercakap, dah kena telan agaknya nanti. Tak sempat Rayyan nak pujuk, bini dah hilang.

        Tok! Tok! Tok!

        Pintu dikuak dari luar. Kepala menjenguk dari luar, mata menangkap isteri yang sedang duduk di atas katil sambil memeluk tubuh. Rayyan menghela nafas berat.

        "Sayang..." Lembut suara Rayyan di telinga gadis itu tapi tak sampai ke hati. Tak berpaling langsung ke arah suami. Telefon yang dicapai bagi mengabaikan suara garau itu.

        Rayyan mengeluh buat kali yang kedua.

        Aduhai, isteri dia ni! Sejak mengandung 3 bulan ni, makin kerap pula Nadra merajuk. Emosi tak tentu. Sekejap marah lepastu menangis. Kalau bukan dua itu, tiba - tiba ketawa. Mudah terhibur. Gila ke isteri dia? Eh, takkan lah!

        "Sayang marah abang ke?" Saja mahu mencuba nasib. Mana tahu gadis itu hanya bergurau dengan dia.

        Diam.

        Telefon yang menjadi tumpuan. Rayyan seperti tak wujud. Padahal skrin gelap. Baru habis bateri tadi, lupa nak cas. Waktu yang diperlukan juga dia nak mati kan?

        Pandangan Rayyan jatuh pada telefon yang Nadra pegang. Mulut dikemam bagi menahan gelak. Kalau lepaskan, bertambah masa pula gadis itu merajuk. Usik sikit takpe kan? Kelakar lah!

        "Nak ignore abang sekali pun, sekurangnya jangan lah pegang telefon tu terbalik." Terhambur akhirnya tawa Rayyan setelah mengatakan itu, tangan menekup mulut bagi menghentikan ketawa sendiri.

        Wajah Nadra berubah merah. Malu! Ralit sangat merajuk sampai telefon yang dipegang terbalik pun tak sedar. Lantas dia membetulkan. Dalam hati mengutuk diri sendiri. Kenapa bodoh sangat ek harini? Waktu macam ni juga lah nak buat aku malu. Kata Nadra di dalam hati. Mata sahaja dialihkan untuk memandang tajam ke arah Rayyan yang masih lagi tersisa tawanya. Kepala statik.

        Rayyan berdehem.

        Hilang semua tawanya tadi apabila dijeling tajam oleh isteri. Comel memang comel, tapi seram! Macam harimau sedang kelaparan dan mangsa pula di depan mata. Rayyan masih lagi berdiri di muka pintu. Dia berlalu masuk ke dalam bilik lalu ditutup pintu. Kaki melangkah mendekati susuk itu. Punggung dilabuhkan di atas katil, berhadapan dengan Nadra.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now