𝟎𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

7.7K 310 5
                                    

        "WHAT are you waiting for? Ada gam ke dekat kerusi awak tu?" Sarkastik suaranya sambil memandang gadis itu dengan kening sebelah yang terangkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "WHAT are you waiting for? Ada gam ke dekat kerusi awak tu?" Sarkastik suaranya sambil memandang gadis itu dengan kening sebelah yang terangkat. Kepala disengetkan sedikit.

        Kurang asam. Besar kecil besar kecil sahaja mata Nadra memandangnya.

        Nadra mengangkat punggung dari kerusi dengan malas. Dia berjalan ke hadapan sebelum berdiri di sebelah Rayyan, tak dekat pun. Cukup lah berdiri di tengah kelas.

        "Awak— Sir nak tau apa je?" Soal Nadra. Kepala menoleh ke arah pensyarah barunya itu, kalau tak pandang nanti kena label 'biadab' pula. Gadis itu mengukirkan senyuman paksa. Ini kali ketiga baju mereka sepasang. Waktu pertama kali warna merah gelap. Dekat masjid, warna putih. Harini, warna biru cair pula. Mamat ni stalk dia ke ape?

        Tapi dah sebulan tak jumpa ni makin kacak pula. Eh! Sempat pula menggatal dalam diam. 

        "Full name, what should i call you, and your hobby."

        Terkebil - kebil mata Nadra sebelum melarikan pandangan. Itu je ke? Tanyalah soalan susah sikit. Dah macam budak sekolah punya soalan dia tanya!

        Tapi kalau dia tanya soalan KBAT, mampus pula nanti. Jangan ditanya sudah, mati nanti nak jawab.

        "Nama saya Nadra Haida, you can call me Nadra. Hobby? Saya suka tidur." Jujur Nadra, selamba. Kenapa? Sebab satu kelas dah tahu dia macam mana, kalau menipu berdosa nanti.

        Terletus ketawa di dalam dewan itu apabila mendengar jawapan gadis itu. Tidur? Memang kenyataan. Kena lah jujur. Ada yang menekup mulut sambil menahan gelak, takut kena jeling dengan pensyarah tapi ada yang tak kisah langsung.

        Rayyan disitu memandang Nadra dengan dahi yang berkerut. Tangannya bersilang di dada. Tiada secalit senyuman pada wajah. Benarlah, Rayyan adalah robot dan bukan manusia. Semua orang boleh ketawa dalam ni tapi dia seorang sahaja yang tidak.

        "Don't you have any other hobbies besides sleeping?" Soal Rayyan, nadanya tegas. Kepala jejaka itu disengetkan sedikit bagi melihat Nadra dengan jelas. Matanya mencerlung ke arah Nadra. Riaknya seperti 'biar betul gadis ini?' 

        "Reading. I love reading."

        Laju Nadra menjawab sebelum telan liurnya. Alamak, kering pula tekak tiba – tiba bila pandang begitu. Tawa di dalam dewan itu masih tersisa tapi tidak dihiraukan oleh Rayyan. Biarlah, takkan lah gelak pun kena marah?

        Rayyan ni menakutkan, dia pun kena lah jawab betul - betul. Kalau tidak tak pasal kena ikat dengan jejaka itu. Bukan dekat tiang tapi dekat kipas.

        Apalah garang - garang ni, cepat tua nanti. Tiada siapa yang nak.

        "Reading? What kind of genre?"

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now