𝟓𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.1K 194 8
                                    

Unknown:Liat sangat laki kau tu nak mampus, kena langgar dengan lori pun hilang ingatan je ke? Perlu ke aku langgar pakai bas lepas ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Unknown:
Liat sangat laki kau tu nak mampus, kena langgar dengan lori pun hilang ingatan je ke? Perlu ke aku langgar pakai bas lepas ni?

You. Don't. Deserve. Happiness. Nadra.

Pucat habis wajah Nadra apabila membaca mesej yang baru dia dapat tadi. Terkaku dia yang sedang duduk di atas kerusi plastik itu. Lama mata memandang mesej itu. Jadi, kemalangan Rayyan itu bukan kemalangan semata - mata? Siapa yang berdendam sangat dengan Nadra sehinggakan dia perlu buat perkara ini? Apa salah gadis itu sampai Rayyan perlu masuk campur sekali? Dosa apa yang dia telah buat dekat manusia itu?

Hati sudah berdebar hebat dalam ketakutan, peluh sejuk merenik di dahi Nadra dan juga tapak tangan. Menggigil tangannya apabila mesej itu dibaca berulang kali. Nadra tahu dia dan Rayyan dalam keadaan bahaya. Ugutan manusia yang tidak dikenali itu membuatkan Nadra takut. Takut jika mereka apa - apakan Rayyan dan dia.

"Nadra? You look pale. Are you okay?" Suara garau Rayyan itu membuatkan Nadra kembali ke alam nyata. Dia berpaling pada Rayyan yang baru sahaja habis makan tadi. Kerutan di dahi masa jelas di mata Rayyan tetapi cepat Nadra menghilangkannya. Senyuman kecil diberi pada Rayyan.

"Takde apa lah. Nad... tak berapa sihat harini." Tipu Nadra tapi tidak seluruhnya. Memang dia rasa kurang sihat daripada pagi tadi. Badan kurang selesa, kepala pun berpusing sahaja. Nak jumpa doktor tapi Nadra tak rasa perlu pun sebab tak teruk jadi dia hanya mengambil ubat yang sudah tersedia di rumah.

"Kenapa datang sini kalau tak sihat? Saya boleh je jaga diri sendiri dekat sini." Berkerut wajah Rayyan. Dia tak mahu susahkan Nadra datang setiap hari, lagipun tak lama lagi dia akan keluar hospital. Dia tak nak lah Nadra datang setiap hari, apatah lagi dia perlu bekerja daripada pagi sehingga petang. Mesti penat.

"Nad nak jaga abang... Lagipun, Nad kan masak untuk abang setiap hari." Balas Nadra.

"Memang lah tapi jaga lah diri sendiri dulu. Tak perlu masak untuk saya kalau awak tak sihat, saya boleh je makan makanan hospital sekali sekala. Bukan saya nak paksa awak masak untuk saya pun." Marah Rayyan.

Wajah Nadra sudah berubah mendung. Apa entah yang salah dari percakapan Rayyan pun dia tak pasti tapi dia terasa. Mungkin dengan nada lelaki itu sebab itu dia terasa. Kenapa entah dengan dia harini pun dia tak pasti.

"Kalau abang tak suka masakan Nad bagitahu lah awal - awal lain kali. Tak payah susah - susah Nad nak masakkan untuk abang setiap hari." Bebel Nadra sebelum bangun daripada kerusi dan keluar daripada bilik. Rayyan hanya memerhati sahaja gerak - geri Nadra dengan kerutan di dahi.

"Aku ada salah cakap ke?" Soal Rayyan pada diri sendiri. Dia mahu memanggil Nadra semula tetapi dia hanya diam. Rayyan sedang berfikir kalau dia ada kecilkan hati gadis itu. Tengah period ke? Ataupun memang dia salah cakap tadi? Aduh, masak lah nak kena pujuk nanti. Dia pun tak ingat macam mana dia pujuk gadis itu sebelum ini. Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now