𝟓𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.9K 185 5
                                    

"KAU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU... Kau lagi?" Tiba - tiba Hadif bersuara. Kata - kata Ezhar tidak dihiraukan.

"Apa aku?" Soal Ezhar dengan kening yang terjungkit.

"Kau yang selamatkan Nadra dulu!" Jawab si Hadif membuatkan Ezhar semakin bingung. Apa yang jantan ni merepek? Tiba - tiba je. Penat dia membebel bagi tazkirah dan amaran tadi tapi sikit pun Hadif tak hiraukan. Sengal.

"Huh?" Ezhar berkerut wajah.

Nadra pula sudah membulat matanya. Tak mungkin... Tak mungkin lelaki yang selamatkan dia waktu itu adalah Ezhar. Dia ingat memori itu. Masih jelas lagi di ingatannya. Patutlah suara Ezhar sangat dikenali rupanya lelaki yang selamatkan dia sewaktu dia dalam bahaya itu adalah Ezhar sendiri.

"Awak..." Nadra mati kata. Dia tak tahu mahu berkata apa. Kalau dia bagitahu Rayyan macam mana? Habis lah dia. Ezhar itu adalah kawan baik Rayyan, tak mungkin dia akan sorokkan perkara ini.

"Sial lah kau! Apahal blur sangat? Kau tak ingat ke kau selamatkan perempuan ni waktu aku tengah sibuk bersedap dengan dia?" Marah Hadif.

Nadra mahu memberhentikan Hadif daripada menjelaskan perkara itu tetapi sudah terlambat. Wajah Ezhar sudah pun berubah. Dia berpaling untuk memandang Nadra yang sudah selekeh akibat menangis tadi dengan mata yang meluas. Jelas wajahnya terkejut.

"It was you...?" Ezhar menyoal, wajah penuh dengan tanda tanya. Tak percaya. Dia menunggu jawapan Nadra tapi gadis itu hanya diam.

"Answer me, Nadra." Ezhar menekankan lagi.

"I didn't even know it was you too... Sumpah." Akhirnya Nadra menjawab sambil mengangkat tangan kanan sebagai tanda sumpah. Mereka saling pandang antara satu sama lain macam Hadif tidak wujud di situ.

Ezhar berpaling semula ke arah Hadif dengan wajah yang sangat menggerunkan. Tajam matanya memandang Hadif. Jika mata boleh membunuh, Hadif pasti tidak bernafas lagi sekarang. Dia marah. Marah sebab Hadif sudah menyentuh gadis yang disayangi oleh kawan baiknya sendiri.

"Apa yang kau tak puas hati dengan Nadra sampai kau buat macam ni dekat dia? Apa salah dia?" Soal Ezhar, menahan marah. Kalau ikutkan hati memang teruk dia kerjakan si Hadif tapi disebabkan dia sedar Nadra berada di situ, takkan lah dia mahu bertumbuk dengan Hadif. Membuang masa pun satu juga.

"Salah dia kau tanya? Aku punya elok cakap dekat dia yang aku nak kahwin dengan dia tapi dia tolak aku. Aku cintakan dia tapi dia tak pernah nak faham! Semua benda aku bagi tapi dia masih tolak aku! Banyak kali aku bagi amaran jangan cabar aku tapi dia yang buat keputusan untuk cabar aku dan aku tunggu apa lagi? Dah ada peluang takkan nak biar? Rezeki dah ada depan mata lagipun dia yang minta kan? Kalau dia tak minta kenapa jalan tengah malam seorang? Cara tu je aku boleh dapatkan dia tapi sebab kau selamatkan dia, hancur segala rancangan aku!" Hadif mengeluarkan segala amarahnya. Suara Hadif yang kuat itu berkali - kali membuatkan bahu Nadra terhinjut.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now