𝟑𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7K 241 1
                                    

'MARK my words, Nadra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'MARK my words, Nadra. I will ruin your marriage. Happiness doesn't suit you. Pain is.'

Masih terngiang - ngiang lagi mesej yang Nadra terima waktu kelas Rayyan tadi. Buku nota pun kosong, tiada sebarang tulisan pun di atas kertas. Apa yang Rayyan ajar tadi pun dia tak beri tumpuan, satu apa pun dia tak faham. Berkali - kali juga Aisya menepuk bahu sahabatnya itu untuk fokus tapi sekejap je lepastu mula lah termenung kembali.

Siapa yang mesej tu? Apa yang dia nak? Ada orang yang berdendam dengan dia ke? Ataupun saja nak mempermainkan dia? Prank? Siapa pula yang sesuka hati nak prank Nadra? Kenapa sampai begitu sekali mesejnya? Dia ada buat salah dengan orang lain ke sampaikan orang nak hancurkan rumah tangganya?

Takut sudah mula menyelubungi diri tetapi dia fikir mungkin orang itu sengaja nak mempermainkan Nadra. Takkan lah sampai tergamak orang nak menghancurkan rumah tangga dia? Cakap sahaja lebih tapi tak berani nak buat, itu lah yang difikirkan oleh Nadra sekarang. Tak besar pun perkara ni, Nadra cuba untuk berfikir ke arah positif. Takkan lah disebabkan satu baris mesej, dia mahu gelabah. Nadra pun rasa dia tak perlu memberitahu Rayyan kecuali kalau orang tidak dikenali itu menghantar mesej yang sama sekali lagi. Kalau manusia itu diam maksudnya tiada apa yang bahaya pun. Nadra pun tak suka nak kecoh sangat nanti semua orang risau.

"Kau ni senyap je dari tadi, Nad. Okay ke tak?" Soal Aisya dengan dahi yang berkerut. Risau juga dia dengan sahabatnya yang seorang itu. Jarang sekali Nadra ni senyap, mulut tu kalau boleh tak nak berhenti tapi masuk kelas diam pula tiba - tiba. Mana tak hairan si Aisya. Buku teks diletakkan ke atas meja perpustakaan sebelum mengambil tempat duduk di tempat yang paling hujung dengan Nadra, mudah nak membawang lah tu.

"Takde apa lah, letih sikit je." Balas Nadra sambil tersengih. Nadra ni memang suka berahsia kalau ada masalah, dia tak suka nak menyusahkan orang dan kalau dia rasa masalah tu dia boleh urus sendiri, dia akan buat tanpa pengetahuan orang. Tetapi, Aisya sangat kenal dengan sahabat dia tu. Dia tahu beza penat Nadra dan Nadra yang ada masalah tapi tak bermakna dia akan memaksa gadis itu untuk bercerita.

"Kau gaduh dengan Sir Rayyan ke?" Soal Aisya. Dia main teka je.

"Eh kau ni. Takde lah, kitaorang okay je." Balas Nadra dengan dahi yang dikerutkan sedikit. Gaduh apanya? Dua puluh empat jam suaminya melekat dengan dia, sikit pun tak nak berpisah. Hampir 2 minggu menjadi suami isteri, tiada lagi konflik ringan apatah lagi berat cuma bercerita tentang diri sendiri tu adalah juga. Nak mengenal antara satu sama lain kan?

"Betul ni? Kalau ada masalah, kau boleh je cerita dengan aku." Pamit Aisya dengan lembut sambil memandang Nadra dengan riak kerisauan. Dia memang tak gemar bila Nadra senyap aje sebab tiada orang yang nak mengusik atau menganggu. Muka Nadra pun muram sahaja tadi, lagi lah bertambah risau.

"Betul... Aku takde mood je harini, perut pun tak sedap. Nak period rasanya." Itu adalah kenyataan daripada mulut Nadra sendiri. Salah satu kenapa muka dia muram adalah sebab perutnya yang tak senang. Lagipun memang bulan ni dia tak datang bulan lagi jadi memang nak dekat lah tu. Semoga bukan hari ini je lah, kalau tidak habis Nadra. Walaupun dia bawa pad dan pakaian dalam lebih di dalam totebag tapi dia tak suka kalau datang bulan waktu kelas full. Apatah lagi hari pertama. Nak menahan sakit perut lagi dalam kelas, memang perit. Boleh pengsan!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now