𝟒𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.8K 176 1
                                    

HARI ini hari pertama Nadra intern di bawah Syarikat papa Rayyan iaitu Zayyan Holding

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

HARI ini hari pertama Nadra intern di bawah Syarikat papa Rayyan iaitu Zayyan Holding. Dia masuk sini pun bukan kerana papa sendiri tetapi sama sahaja dengan orang lain. Temuduga kalau lulus dapat lah, kalau tidak terpaksa lah cari di tempat lain. Papa pun tidak akan semudah itu memberi Nadra peluang sebab dia kena layan semua orang sama rata bukan kerana dia kenal Nadra sebagai menantu, boleh sesuka hati nak beri gadis itu kerja tanpa temuduga. Nadra pilih tempat ni pun senang, dekat dengan rumah dan ada orang yang dia kenal di situ iaitu papa sebagai boss dan juga Arifah. Tiadalah terlalu canggung bila Nadra di situ.

"Abang, Nad pergi dulu eh? Takut sesak jalan nanti." Tergopoh - gapah Nadra membetulkan tudung di ruang tamu itu sebaik sahaja sarapan bersama Rayyan tadi.

"Tak nak abang hantar?" Soal Rayyan sambil mencapai beg tangan Nadra lalu diberi pada gadis itu.

"Takpe lah, abang... Nanti abang pula yang lambat nak mengajar." Nadra tolak, beg tangan itu kini bertukar tangan sebelum Nadra mencium tangan Rayyan.

"Jaga diri elok - elok tau sayang. Everything is going to be okay, trust yourself." Kata Rayyan sebelum mencium dahi Nadra.

"Terima kasih, abang." Nadra menghadiahkan senyuman manis pada Rayyan sebelum dia menjinjit untuk mencium pipi kanan dan kiri Rayyan. Merah muka jejaka itu.

"Bye, abang!" Jerit Nadra sambil berlari keluar dari rumah. Rayyan melambai gadis itu sambil memerhati Nadra memasuki kereta Honda City miliknya.

...

Nadra memasuki bangunan Zayyan Holding itu dengan mulut melopong. Cantik dan besar! Boleh sesat ni kalau tak tanya orang. Nasib baik lah ada Arifah di sebelah yang menunggu untuk dia sampai supaya dia boleh memberi panduan pada Nadra. Arifah memperkenalkan pekerja - pekerja yang berada di situ tetapi tidak semua, boleh pengsan kalau nak kenalkan senua orang. Ramai! Jadi dia hanya kenalkan yang mana patut sahaja.

"Kalau Nadra tak faham apa - apa, meja akak dekat hujung tu je. Tak jauh mana dengan Nadra." Kata Arifah dengan senyuman manis. Senang hati Nadra bila dapat orang macam ni, dia membalas senyuman Arifah sebelum duduk di meja sendiri.

Baru nak duduk, tiba - tiba ada yang memanggil.

"Nadra, boleh masuk bilik saya kejap?" Papa bersuara. Tidak lah tegas mana tapi cukup untuk membuatkan Nadra mengangguk laju. Kaki mengorak langkah mengikuti belakang papa untuk ke pejabatnya yang berada di tingkat paling atas. Tingkat 45. Tingkat itu pun tidak dibenarkan masuk kecuali kalau papa alias Dato' Zayyan sendiri yang seru.

Butang lif ditekan oleh papa. Mereka menunggu sehingga pintu lif itu terbuka baru masuk ke perut lif. Butang 45 ditekan sebelum pintu lif tertutup semula.

Sepi.

Nadra tak tahu macam mana nak mulakan perbualan. Panggil Dato' rasa pelik, nak panggil papa pun pelik juga jadi dia pun diam sahaja.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora