𝟎𝟏 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

13.8K 455 13
                                    

"KAU nak pergi A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU nak pergi A. House Cafe ke?"

Rakan sebilik Nadra Haida iaitu Aisya Balqis membuka mulut tanpa memandang ke arah gadis itu. Dia sibuk menaip pada papan kekunci komputer riba berjenama Asus miliknya. Mata tertumpu pada skrin terang.

Bantal dan selimut Aisya sudah berterabur di atas katil dan lantai. Nadra sendiri pun serabut melihat rakannya itu.

A. House Cafe adalah tempat yang sering mereka berdua merehatkan diri kalau rasa sesak duduk dalam asrama. Cafe itu berada tidak lah jauh mana, hanya 7 minit sahaja dengan memandu. Cafe itu juga baru dibuka pada bulan lepas. Tak sangka tempat itu akan menjadi tempat healing mereka.

Kepala Nadra berpusing ke kanan untuk memandang Aisya yang kalut membuat laporan, riak gelabah tidak hilang sejak pagi tadi sehinggalah ke tengah hari sekarang, mandi pun tidak. Rambut diikat hanya ala kadar. Kusut masai bila ditengok.

Inilah Aisya, bila pensyarah beri tugasan, dia suka melengahkan masa sehinggakan tarikh penghantaran pada minggu depan baru tak tentu arah nak selesaikan sekarang.

Jangan ikut perangai Aisya! Nanti menyesal. Merana dekat bucu katil.

"Haah." Pendek jawapan Nadra sebelum menoleh kembali pada cermin besar yang ditampal di dinding bilik asrama itu.

Pin tudung yang berada di atas meja belajar berwarna putih itu dicapai. Dengan berhati - hati dia pinkan tudung bawal yang sudah cantik tersarung di atas kepala.

Nadra mengemaskan tudung, memastikan ia menutupi dada. Nasib baik tudung bagi kerjasama hari ini, kalau tidak memang dia duduk dalam bilik sahaja, buat lah Vico 3 in 1.

Handsock hitam di atas selimut tebal yang sudah dilipat rapi diambil dan disarungkan hingga ke lengan putihnya. Setelah itu, lengan baju blaus berwarna merah gelap diturunkan.

Blaus itu mempunyai tali, jadi dia perlu mengikat dengan ikatan riben di belakang untuk nampak kemas tapi dalam masa yang sama, dia memastikan ikatan itu tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan bentuk tubuh badannya yang cantik.

"Belikan strawberi smoothie untuk aku boleh? Nanti aku bayar balik." Sempat Aisya mengirim. Tangan masih tekun menekan papan kekunci. Tak lama lagi rosaklah benda alah tu kalau ditekannya kasar begitu. Mata Aisya amat tertumpu pada skrin yang besar dengan kening yang berkerut. Dia ni cakap dengan manusia ke skrin?

Nadra menggeleng.

"Tak payah lah bayar balik, aku belanja," ujar Nadra sambil melihat diri sendiri di hadapan cermin, mana tahu baju tersekat dalam seluar ke. Malu nanti tak pasal!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now