𝟐𝟖 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.6K 233 2
                                    

NADRA menghembus nafas lega selepas menukar pakaian tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NADRA menghembus nafas lega selepas menukar pakaian tadi. Saiz baju dan seluar pun besar sedikit daripada saiz sebenar Nadra tapi takpe asalkan muat. Baju kotor tadi dimasukkan ke dalam beg kertas selepas membasuh tempat yang terkena kesan darah tadi. Tudung dibetulkan sedikit sebelum melangkah keluar daripada tandas awam.

Wanita tadi masih menjaga troli Nadra sambil bermain dengan telefon. Nadra berjalan mendekati wanita itu dengan senyuman manis. "Awak, terima kasih tau tolong saya tadi." Sapa Nadra dengan lembut. Wanita itu mendongak sebelum bangun daripada bangku itu dengan senyuman kecil.

"No problem, awak. Saya pun pernah kena macam awak tapi yang paling memalukan lelaki yang tolong saya." Ujar wanita itu, mukanya sedikit kemerahan apabila teringat kejadian itu. Dahi Nadra berkerut sedikit.

"Takpe lah awak... Nasib baik ada orang yang tolong." Lembut Nadra membalas.

"Tulah. Eh, ni saya dah nak kena balik ni. Awak duduk lah dulu, mesti tengah cramp kan?" Wanita itu menarik lembut tangan Nadra untuk duduk di bangku itu. Memang betul pun, perut dia memang tengah sakit gila! Tunggu Rayyan je ni habis solat lepastu nak balik terus.

"Terima kasih awak." Ujar Nadra, tangannya memegang perut yang sedang sakit itu. Wanita itu hanya membalas dengan senyuman sebelum melangkah pergi. Nadra hanya memerhati gerak geri wanita itu sehingga dia hilang dari penglihatan. Keluhan berat keluar daripada bibir Nadra, badannya ditundukkan sedikit. Tangan kanan menekan perut yang sedang sakit itu, macam nak menangis tapi dekat tempat awam jadi Nadra mampu menahan sahajalah sakit.

"Nadra..." Suara dalam dan lembut yang menyapa itu membuatkan Nadra tersentak sedikit sebelum mendongak. Rayyan sedang berkerut kerisauan melihat Nadra yang sedikit pucat itu. Plastik yang berisi dark chocolate berjenama Beryl's dan juga heating pad itu dihulurkan kepada gadis itu.

"Ambil ni. You need these." Lembut Rayyan berkata, membongkokkan badannya untuk memandang Nadra lebih jelas. Risau pula dia tengok tunang kesayangannya itu. Dengan perlahan, Nadra menyambut plastik itu sebelum diletakkan di atas peha.

"Do you need to stay here for a while?" Soal Rayyan lembut apabila melihat Nadra yang tidak bangun lagi daripada bangku. Nadra hanya mengangguk sambil memandang ke arah lantai. Rayyan hanya akur dan hanya berdiri di sisi Nadra. Nak duduk sebelah tak boleh, bangku tu kecil walaupun muat dua orang. Kalau dah kahwin nanti boleh lah.

Nadra tak mahu duduk sini lama sangat, dia nak balik dan rehat di rumah. Nak menangis pun takde siapa yang kisah sebab dia seorang je yang ada dalam bilik.

"Awak..." Perlahan suara Nadra memanggil Rayyan. Kepala didongakkan sedikit bagi melihat wajah Rayyan yang kacak itu.

"Ye?" Balas Rayyan. Riak kerisauan masih tidak pudar dari wajah bersih Rayyan.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now