𝟎𝟑 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 ( edited )

9.6K 353 16
                                    

NADRA melangkah dengan perlahan, tangan memaut dinding masjid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NADRA melangkah dengan perlahan, tangan memaut dinding masjid. Nafas berat akibat penat berjalan satu kaki. Harini juga nak terseliuh!

Nasib baik mamat slender tu tolong tadi, kalau tidak merana lah seorang diri. Macam mana boleh jumpa pun tak tahu. Jodoh mungkin?

Gadis itu menunggu semua jemaah untuk berjalan terlebih dahulu baru dia keluar. Iyelah, kaki dah cacat sebelah, nak jalan pun makan masa. Kenalah dahulukan orang lain sebelum dirinya, nanti jalan sesak sebab dia juga. Menyusahkan orang nanti. Kalau kena marah bertambah malu nanti, balik ni sudah pasti kena urut dengan ibu, habislah Nadra!

Selepas keluar dari masjid, lantas lengan Nadra memeluk tiang elektrik yang besar itu.

Mata bundarnya meliar mahu mencari lelaki slender tadi, kepalanya ditoleh kanan kiri depan belakang. Diperhatikan juga satu demi satu manusia yang berlalu. Cermin mata pula tidak pakai, mata dikecilkan bagi melihat manusia dengan sedikit jelas.

Sesuai pula nama lelaki slender tu kan? Nasib lah, siapa suruh tinggi sangat, bagi lah sikit ketinggian tu dekat Nadra.

"Mana dia ni? Takkan dah larikan diri kut?" Gumam Nadra pada diri sendiri sambil memeluk tiang elektrik dengan erat. Kalau lepas, jatuh lagi nanti. Cukuplah jadi clumsy 3 kali depan jejaka itu.

Dah lah dia tinggal seorang, semua dah balik, kereta pun tinggal 2 atau 3 buah je dekat parkir itu. Takut ada hantu je yang jerkah dia dari belakang walaupun dia lagi takut dengan manusia dari hantu.

Tolong lah munculkan diri anda, lelaki slender. Jangan biarkan gadis itu seorang diri. Ada juga dia santau jejaka itu nanti.

"Cari saya ke? Patah tengkuk tu kejap lagi. Terpusing sana sini." Jerkah Rayyan tiba - tiba dari belakang. Bahu gadis itu terhinjut kerana terkejut. Tak reti beri salam ke?

Kepala Nadra terpusing menghadap jejaka itu dengan tangan di dada sambil menghembuskan nafas berat. Dramatik! Rayyan pula terlalu nonchalant. Tak peduli dengan keadaan gadis yang terkejut itu.

Nasib baik Nadra tak kena serangan sakit jantung tau! Kalau tak Rayyan kena tanggung.

Rayyan berjalan di sisi Nadra sehingga dia menghadap gadis itu, mata seksi dan beku itu memandang tepat ke arah Nadra dengan dahi yang berkerut. Tubuh dipeluk.

Laju dia melarikan pandangan ke tiang yang Nadra sedang peluk.

"Apa yang seronok sangat peluk tiang elektrik ni? Kalau kena sambar petir, baru tahu." Tegas suara Rayyan, membuatkan wajah gadis itu berubah muram. Bukannya nak hujan pun! Seminggu dah hujan tak turun dekat sini.

Dah serupa bapak marah anak dah.

"Daripada saya pegang awak, baik saya peluk tiang ni." Bidas Nadra selamba sebelum memberi jelingan maut kepada lelaki itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now