𝟑𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.1K 209 3
                                    

DAHI Nadra dijentik oleh Rayyan membuatkan gadis itu memuncungkan bibir dan mengerut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAHI Nadra dijentik oleh Rayyan membuatkan gadis itu memuncungkan bibir dan mengerut. Nasib baik tak sakit! Dahi digosok sambil mencebik. Rayyan menggelengkan kepala sebelum mencapai pensel Nadra yang berada di dalam tangan gadis itu.

"Bukan abang dah ajar banyak kali ke kalau jumpa soalan ni?" Soal Rayyan, mendatar. Kening dijungkitkan sambil memandang Nadra yang masih muncung itu. Rayyan mempamerkan wajah serius pada isterinya itu manakala Nadra pula sedang berfikir sambil merenung soalan tadi. Kalau mod Rayyan mengajar walaupun berdua, tiada maknanya dia nak jadi gentleman. Dahi Nadra dah berapa kali kena jentik, nasib lah tak sakit tapi kalau banyak kali kena, mesti ada bekas. Asal tak sakit, Nadra pun tak kisah. Nadra memandang Rayyan sekilas sebelum melarikan pandangan apabila Rayyan hanya menatap wajahnya dengan serius. Aduh!

"Tak ingat lah..." Rengek Nadra perlahan. Kepala Nadra diketuk lembut menggunakan pensel membuatkan gadis itu semakin berkerut. Ish! Nasib lah gentle dia ketuk, macam kena ketuk dengan kertas pun ada. Rayyan mengeluh sebelum dicapai pemadam Nadra yang berada di dalam kotak pensel. Jalan kerja yang gadis itu buat tadi dipadam dengan wajah serius. Nadra memandang wajah Rayyan sekilas. Seram mat! Macam mula - mula mereka jumpa dulu. Beku sahaja wajahnya. Rasa menyesal pula suruh suami yang ajar tapi kalau tak minta tolong, diri sendiri yang susah nanti. Teringat Nadra pada ayah tiba - tiba. Ayah kalau ajar garang gila, lagi - lagi subjek matematik waktu sekolah rendah, teresak - esak Nadra menangis sambil belajar dengan ayah.

"Macam ni..." Rayyan mula mengajar semula perkara yang dia sudah ajar berpuluh kali tapi Nadra memang susah nak faham. Bukan slow learner tapi dia cepat lupa. 10 minit lagi nanti lupa lah semula apa yang Rayyan ajar. Tapi dia sedar dah nak final untuk semester terakhir jadi dia kena lah buat betul - betul apatah lagi semester kali ini adalah semester yang paling membuatkan dia tertekan. Nak jadi interior designer berjaya kan? Kena lah usaha.

Nadra mengangguk apabila Rayyan mengajar. Cara jejaka itu mengajar sama sahaja macam mana dia mengajar dalam kelas, tiada beza pun cuma bezanya adalah mereka berdua sahaja. Percuma pula tu! Untung juga dia dapat suami pensyarah, tak perlu nak susah payah belajar seorang diri.

"Faham tak?" Soal Rayyan dengan tegas. Nadra mengangguk sahaja padahal mata sudah berat, tunggu masa sahaja nak tertutup. Baru sahaja pukul 9:00 malam, dah ngantuk. Baca novel tak ngantuk pula, boleh baca sampai lewat malam lagi, Rayyan pun layankan sahaja lah isterinya itu. Dia pun terjebak sekali dalam membaca novel sampai meminjam novel Nadra untuk baca. Dia pun nak tahu apa yang best sangat dengan novel yang Nadra baca itu.

"Ngantuk dah ke?" Soal Rayyan. Nadra segera membuka matanya luas sambil memandang Rayyan dengan matanya yang besar itu. Nadra menggeleng.

"Tak lah." Balas Nadra. Badan ditegakkan semula, dia hanya memandang Rayyan dari sisi mata sahaja. Dah lah tak pandai menipu, ada hati nak menipu lagi. Rayyan mengeluh sebelum dia mencapai getah rambut Nadra, rambut gadis itu digenggam lembut sebelum mengikat rambut itu dengan kemas. Nadra membiarkan Rayyan membuat sedemikian, tangan bermain dengan pensel sambil merenung kertas soalan yang sudah berconteng itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now