𝟒𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.9K 167 3
                                    

"Sayang dah siap?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang dah siap?"

"Kejap!" Laung Nadra daripada tingkat dua. Tudung pula yang mencari nahas harini. Suis seterika pun masih dibuka. Gosok sini, situ ronyok. Gosok situ, sini pula ronyok. Kalau bukan disebabkan nak pergi kerja harini, dah lama berjurai air mata. Muncung sahaja muka Nadra nak membetulkan tudung.

Pintu bilik dikuak, kepala Rayyan menjenguk di dalam untuk melihat isteri yang sedang tertekan. Pandang pun tidak. Tak perasan agaknya.

Rayyan tersenyum kecil sebelum mendekati Nadra sebelum berdiri di belakang Nadra. Gadis itu hanya memandang Rayyan melalui cermin besar itu lalu tertumpu semula pada tudung yang sedang berperangai syaitan.

"Nak abang gosokkan semula tak tudung tu? Sayang duduk atas katil dulu." Rayyan bersuara lembut sambil menatap isteri melalui cermin. Suka betul dia tengok Nadra yang muncung itu.

Nadra akhirnya mengeluh berat, tudung itu dilepaskan daripada tangan yang sudah lenguh. Kalau takde pendingin hawa, Nadra sudah mandi peluh. Nadra menghulur tudung itu kepada Rayyan. Kini tudung bertukar tangan.

"Pergi duduk dulu, tenangkan diri. Kalau marah - marah, macam mana nak jadi tudung tu sayang..." Rayyan tahu wanita sangat sensitif kalau bab tudung tapi suka pula dia bila Nadra marah. Comel!

Nadra melangkah mendekati katil sebelum duduk di birai katil sambil bermain dengan hujung blaus. Rayyan membentangkan tudung bawal Nadra itu semula ke atas papan seterika sebelum membaca bismillah.

Satu minit lebih kemudian, Rayyan mengangkat semula tudung bawal itu kemudian dilipat segi tiga.

"Meh sini, abang tolong pakaikan." Panggil Rayyan.

Nadra bangun daripada birai katil lalu mendekati Rayyan. Tudung bawal itu Rayyan letakkan di atas kepala Nadra. Tekun betul Rayyan pakaikan tudung Nadra sehinggakan gadis itu sendiri malu nak tengok lama - lama. Handsome!

Kurang daripada 5, tudung pun sudah siap. Rayyan menolak bahu Nadra lembut itu berdiri di hadapan cermin.

"See? Jadi kan?" Ujar Rayyan.

Nadra mengangguk. Kini wajah muram tadi sudah bercahaya. Senyuman manis terpalit di wajah comel Nadra.

"Abang tahu perempuan sensitif bab tudung ni but the key is patience and it'll work. Allah kan suka orang yang bersabar." Sempat Rayyan memberi peringatan sebelum mencuit hidung kecil Nadra.

"Dah jom. Lambat nanti masuk kerja." Ajak Rayyan sebelum mencapai beg tangan milik Nadra lalu menuruni anak tangga bersama.

"Sayang nak lunch dekat ofis abang tak? Kita pesan grab je nanti." Soal Rayyan sebelum membuka pintu utama rumah.

"Boleh je, yang penting nak Texas Chicken." Nadra sengih.

"Untuk sayang, satu lori Texas Chicken pun abang boleh belikan." Gurau Rayyan. Pintu rumah itu dikunci sebelum memasuki perut kereta Audi R8 milik Rayyan.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now