𝟏𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.5K 253 5
                                    

"FAHMI sponsor lagi? Rasa bersalah pula aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"FAHMI sponsor lagi? Rasa bersalah pula aku." Ujar Nadra sambil memuncungkan bibir sedikit. Aisya yang sedang duduk sebelah sahabatnya di atas katil Nadra itu mengerutkan kening.

Facemask yang sudah cantik terletak pada muka Nadra dan Aisya itu membuatkan mereka sukar untuk bercakap. Bibir kena duduk diam. Entah faham ke tak Aisya tu apa yang Nadra cakap tadi.

Aisya akan tidur satu malam di rumah Nadra sebab katanya nak pergi airport bersama dengan Nadra. Mana boleh berpisah diaorang berdua ni kan?

Esok, Nadra, Aisya dan rakan sekelas mereka akan pergi bercuti ke Pulau Pinang. Semua pensyarah mereka pun akan pergi juga.

Salah seorang rakan sekelas mereka, iaitu Fahmi yang sponsor percutian mereka sebab Hotel yang mereka akan duduk itu adalah milik bapanya. Mereka hanya perlu bayar duit makan sahaja.

Anak millionaire kan. Murah rezeki ayahnya.

Fahmi ni memang selalu sponsor percutian mereka setiap kali habis semester. Bukan mereka yang minta tapi Fahmi sendiri yang mahu.

Rasa bersalah pun ada tapi asalkan dapat healing tengok pantai dan dapat duduk dekat Hotel 5 Star. Nadra okay je.

"Dia tak suka kalau orang rasa bersalah, Nad. Mak ayah dia pun cakap memang diorang nak sponsor." Balas Aisya sambil membetulkan facemask yang sudah terbuka sikit akibat dia bercakap tadi.

Nadra hanya tersenyum kecil sebelum membetulkan facemasknya juga. Lupa pula tengah pakai benda ni!

Mereka pergi sana pun nak bergembira. Orang nak sponsor, kenapa nak tolak?

Fahmi pun sudah mengajak 2 orang pelajar yang bukan daripada kelas mereka untuk dijadikan mc sepanjang percutian mereka. Untung! Kelakar tapi comel.

"Anyway, abang kau taknak ikut ke? Dia kan protective kalau dengan kau." Soal Aisya, dia memandang Nadra dengan kening yang terjungkit.

Muka menahan senyum sebenarnya tu! Nak menggatal dengan Nabeel cakap je lah, jangan libatkan Nadra pula!

"Banyak lah kau! Nak gatal cakap lah." Jeling Nadra sambil mencebik bibir. Plushie yang berwarna pink itu dipeluk.

Cepatlah 15 minit, tak sabar nak buka facemask ni! Ngantuk!

"Mana ade..." Perlahan suara Aisya membalas. Kalau facemask tu dah dibuka memang nampak muka Aisya yang merah itu.

"Cabut facemask tu kejap lagi. Kantoi muka kau merah." Ugut Nadra, tangan sudah berada dekat dengan wajah Aisya tapi cepat Aisya tepis.

"Janganlah!" Marah Aisya.

Eleh!

Nadra menahan gelak sambil membetulkan facemask buat kali yang ke tak tau lah berapa.

"Apa yang kau suka sangat dengan abang aku tu? Bukan handsome pun." Jeling Nadra.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now