𝟏𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7K 277 12
                                    

"DAH nak masuk maghrib ni, baik awak masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DAH nak masuk maghrib ni, baik awak masuk. Hari pun dah nak gelap." Tegur Rayyan sambil memandang ke arahnya. Helmet di tangan Rayyan itu dipakai, visor itu diangkat.

Nadra mengangguk bersama senyuman kecil.

"Jangan lupa solat." Rayyan berpesan, mata tak lari dari gadis cantik itu walaupun muka sembab dan mata merah tapi tetap cantik di mata Rayyan.

Sebelum ni banyak sahaja Nadra membebel, ada je benda nak cakap atau melawan tapi makin senyap pula gadis ni sejak kebelakangan ni. Mungkin dia perlukan masa lagi.

Rayyan rindu nak dengar gadis itu membebel dengan kening berkerut macam angrybird.

Nadra mengangguk lagi selepas mendengar pesanan daripada Rayyan.

"Sir pun mesti dah lewat nak balik rumah. Saya masuk dulu. Assalamualaikum." Tutur Nadra dengan lemah lembut sebelum berlalu pergi daripada situ tanpa menunggu Rayyan untuk membalas.

Rayyan mengeluh.

Selama ni Rayyan yang selalu beri salam dan pergi dahulu, sekarang dah bertukar tempat pula. Jejaka itu tiba - tiba rindu dengan Nadra yang sebelum ni.

Lepas ni pun tak tau dia jumpa Nadra lagi atau tak. Kalau terserempak itu mungkin ada tapi tak akan selalu.

Mata Rayyan mengikut gerak - geri Nadra sehingga gadis itu hilang dari pandangan jejaka itu.

Rayyan mengalihkan pandangan, visor helmet ditutup kembali tetapi dia masih berdiri tegak disitu.

Rasa ingin tahu tentang gadis itu sangat kuat dalam hati Rayyan. Jantung berdebar kuat membuatkan jejaka itu terasa lemah. Dia menghela nafas panjang. Terasa basah helmetnya akibat air mata Nadra dibiarkan.

Rayyan hanyalah pensyarah gadis itu, Nadra hanyalah pelajarnya. Itu sahaja.

Tapi hati menidakkan perkara itu. Jejaka itu mahu lebih daripada itu.

Rayyan masih serabut dengan semua ini, dia terus melangkah ke arah motor kesayangannya itu untuk pergi ke rumah Ezhar.

...

"Ez, bila masa beli bike?" Soal Rayyan sebaik sahaja keluar daripada masjid bersama. Tak perasan pula sahabatnya tu dah memiliki Kawasaki Ninja H2.

"Tu lah kau... Sibuk sangat dengan 'busy' kau tu sampai aku beli bike pun kau tak tau." Jeling Ezhar sebelum menaiki motor yang berwarna merah itu. Helmet disarung.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now