𝟒𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.5K 178 4
                                    

"TELL me about us

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TELL me about us. I want to know." Ayat yang keluar daripada mulut Rayyan itu membuatkan Nadra teruja. Setelah 15 hari, Rayyan sendiri yang soal sendiri tentang mereka berdua. Lebar senyuman Nadra sebelum dia duduk di atas kerusi plastik di sisi katil Rayyan itu.

"Ask me anything and I'll answer." Balas Nadra dengan lembut. Lama dia menatap wajah Rayyan. Jejaka itu menoleh sekilas ke arah Nadra sebelum memandang selimutnya semula.

"Why did we get married?" Soal Rayyan. Kali ini dia memandang wajah Nadra lama. Buat pertama kali selepas dia sedar. Dia menunggu jawapan daripada Nadra.

"Sebab kita jatuh cinta." Balas Nadra. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Nadra memberikan senyuman manis pada Rayyan, membuatkan jejaka itu berdebar sebelum dia melarikan pandangan. Apakah?

"Jatuh cinta? Saya tak pernah—"

"Jatuh cinta? Abang pernah sebut perkataan tu sebelum kita kahwin." Nadra memotong. Senyuman masih melekat di wajah.

"I did?" Soal Rayyan terkejut.

"You did. Abang datang jumpa keluarga Nad tanpa Nad sendiri tahu. Abang jumpa mereka senyap - senyap waktu Nad tengah keluar dengan kawan baik Nad, Aisya." Balas Nadra. Berkerut wajah Rayyan, matanya membulat menunjukkan dia tidak percaya.

"I did that?" Ujar Rayyan. Tak percaya pula dia dengan diri sendiri. Suaranya tidak lah mendatar seperti sebelum ini. Dia jelas terkejut dengan perbuatannya sendiri.

Nadra tergelak kecil melihat reaksi Rayyan itu. Kelakar betul suami dia ni.

"You did." Balas Nadra.

"Bahagia ke kita?" Soal Rayyan, menoleh semula ke arah Nadra. Anak matanya tepat memandang anak mata Nadra. Dia rasa sesuatu yang dia sendiri tak boleh nak jelaskan. Rayyan rasa dia sudah biasa melihat anak mata gadis itu sedangkan dia sendiri tak pernah tenung wanita lama sebegini.

"Sangat." Balas Nadra lembut. Dia membalas renungan Rayyan itu dengan senyuman yang terpaling manis.

Rayyan menatap senyuman manis Nadra itu sebelum dia tersenyum kecil tetapi laju dia menghilangkannya. Apa yang gadis ini dah buat dengan dia sehinggakan dia rasa begini? Istimewa sangat gadis ini sampaikan gadis ini mampu untuk mencuri hatinya?

"How did we meet?" Soal Rayyan lagi. Mungkin hari ni akan dipenuhi dengan sesi soal jawab dengan Rayyan tapi Nadra sikit pun tak kisah, dia lebih suka nak menjawab soalan - soalan macam ni.

"Green tea. Nad lupa nak bawa duit haritu waktu dekat Tealive jadi abang yang tolong bayarkan. Abang nak tau tak waktu tu Nadra degil sangat sebab nak bayar hutang abang." Nadra tergelak kecil semasa menjawab, teringat pula diri sendiri yang degil waktu tu.

"Tak sampai 50 pun kan green tea tu? Nak bayar balik buat apa?" Balas Rayyan dengan kening yang terjungkit. Degil sangat isteri dia ni sampai Tealive pun nak bayar balik.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now