𝟔𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃 | 𝐄𝐍𝐃

8.4K 217 32
                                    

"AKAK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKAK." Sapa Aqirah pada Nadra yang sedang membantu adiknya mengemas baju untuk balik semula ke University. Nadra sendiri mahu menghantar Aqirah ke sana walaupun jauh, dia dah tak ada sesiapa selain Aqirah jadi dia mahu jaga adiknya selagi dia mampu.

"Ye?" Balas Nadra sambil memandang sekilas ke arah Aqirah lalu sambung melipat baju tidur Aqirah dengan kemas. Adiknya malas nak mengemas jadi dia lah yang kena tolong kalau tidak, tak muat lah jawabnya masuk dalam bagasi.

"Boleh tak Qirah nak ikut tengok abang?"

Terhenti segala pergerakan Nadra tadi. Matanya masih tertumpu pada baju tidur Aqirah yang berwarna coklat gelap itu.

Dia dan Rayyan mahu menjenguk Nabeel selepas menghantar Aqirah tetapi boleh pula Aqirah mahu jumpa dengan abangnya. Nadra tak boleh nak tolak sebab apa hak dia untuk menghalang Aqirah nak jumpa dengan abang sendiri? Sebab Nadra nak jenguk Nabeel pun kerana abangnya telah dijatuhkan hukum gantung beberapa hari yang lalu. Dia mahu berjumpa dengan Nabeel buat kali yang terakhir.

"Qirah cuma nak tengok abang je, bukan nak cakap apa pun dekat dia." Sambung Aqirah lagi apabila melihat kakaknya yang hanya diam tak berkata. Tangan Aqirah mencapai segala barang yang mahu dibawa ke University dan diletakkan ke dalam beg belakang.

"Betul ke Qirah nak jumpa dia?" Soal Nadra perlahan, kepala kini diangkat lalu memandang adiknya dengan penuh persoalan.

"Qirah nak tengok abang buat kali yang terakhir walaupun Qirah benci dia." Selamba Aqirah menjawab. Nadra tak mampu untuk berkata apa lagi, dia tak boleh nak salahkan Aqirah sebab membenci Nabeel tapi dia juga tak mahu Aqirah menyimpan benci pada sesiapa, takut pengakhiran jadi dendam.

"Qirah... jangan cakap macam tu... Akak tahu apa yang dia buat tu salah tapi jangan lah sampai membenci. Dia tetap abang kita, darah daging kita walaupun dia tak anggap kita macam adik - adik dia. Akak tak nak paksa adik akak supaya tak benci abang tapi tak salah juga kan kalau kita memaafkan orang? Percayalah, kita tak akan rasa tenang kalau ada sifat kebencian pada orang lain." Dah buka ceramah pula pada tengah hari yang panas ini. Muka adiknya sudah monyok, tak mampu nak melawan kata - kata kakaknya.

Baju yang berselerak di atas katil itu diambil oleh Nadra untuk dilipat dengan kemas lalu dimasukkan ke dalam bagasi adiknya. Tangannya tergenti seketika bilamana Aqirah hanya diam, tidak membuka mulut. Selalu, ada sahaja benda yang dia nak bidas tapi kali ni senyap pula.

"Where's your necklace?" Nadra menukar topik. Leher Aqirah yang kosong itu dipandang sebelum dia mengalihkan pada wajah adiknya sambil berkerut. Tak pernah sesekali Aqirah membuka rantai yang diberi oleh arwah ibu tapi entah kenapa kali ini.

Aqirah membalas pandangan kakaknya sambil melipat baju.

"Dalam kotak." Balas Aqirah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now