𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 | 𝟐

6.2K 189 28
                                    

        "Aik, Ezhar kata dia tak datang?" Soal Nadra, bingung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "Aik, Ezhar kata dia tak datang?" Soal Nadra, bingung. Dia melabuh duduk di sisi Rayyan. Mata memerhati Ezhar yang sedang bertikam mulut dengan Aqirah. Apa yang sedang dibualkan pun tak tahu.

        "Dia minta orang lain settlekan kerja dia." Balas Rayyan. Dia menarik tangan isterinya dan mencium belakang tangan itu. Senyuman diberi pada sang isteri tercinta.

         Nadra membalas senyuman itu seraya bermain dengan jemari Rayyan.

        "Ke rindu nak gaduh dengan Aqirah?" Kalau Ezhar dengar, mesti mengamuk. Rayyan menghamburkan gelak kecil. Dia mengambil tempat duduk di belakang Nadra. Tubuh kecil itu ditarik perlahan supaya belakang gadis itu bersandar pada dadanya.

        "Tak penat ke jalan sana, jalan sini? Lupa ke awak tu tengah mengandung?" Tegur Rayyan seraya mencuit hidung Nadra. Tangan diletakkan pada perut gadis itu lalu mengusapnya.

        Nadra menyangkan sengih.

        "Mana ada penat. Seronok apa main kejar - kejar dengan Aqirah." Selamba Nadra menjawab. Tak fikir langsung tentang diri sendiri.

        "Nakal eh isteri abang ni? Kalau jatuh tadi macam mana, hm?" Rayyan jungkit kening. Perut Nadra masih diusap lembut.

"Tapi tak jatuh..."

Ada je benda nak jawab. Ketuk kejap lagi baru tahu! Nasib tengah mengandung.

Rayyan mengecilkan mata sebelum mencubit pipi Nadra. Geram! Tubuh gadis itu dipeluk setelah melihat dia muncung. Lain kali pipi jangan gebu sangat kalau tak nak kena kacau.

"Sayang nak tahu sesuatu tak?" Soal Rayyan lembut. Dagunya disandarkan pada bahu gadis itu. Wajah cantik itu dipandang penuh cinta.

"Apa dia?"

"Abang... sayang sangat dekat Nadra..." Tuturnya. Pipi Nadra dikucup sekali selepas itu. Jantung mereka berdua berdetak laju.

Sudah lebih dua tahun berkahwin tapi cinta yang ada pada mereka semakin bertambah. Tiada kurang. Hubungan mereka ada jatuh dan juga bangun tetapi mereka tetap saling memahami antara satu sama lain.

"Hm? Tak dengar lah..." Kata Nadra dengan penuh usikan.

Rayyan menahan senyum.

"Abang... sayang... Nadra..." Ulang Rayyan dengan bisikan. Pipi gadis itu dikucup sekali lagi kemudian menarik tubuh itu lebih dekat. Kalau boleh nak suruh Nadra masuk dalam baju. Dalam kulit sekali.

        Nadra senyum malu. Merah mukanya. Nasib baik ditemani angin, takde lah panas sangat rasa

        "Nad pun sayang abang..." Bisik Nadra, tersipu malu. Eleh, dah bertahun kahwin pun masih malu. Terajang kejap lagi.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now