𝟎𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.5K 301 11
                                    

"THAT'S all from me today, thank you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"THAT'S all from me today, thank you." Dengan itu, Nadra pun berlalu daripada situ dan kembali duduk di tempatnya di sebelah Aisya.

Keluhan berat keluar daripada bibir Nadra sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu itu.

"Akhirnya, habis juga... Kau rasa lama tak aku present tadi?" Soal Nadra dengan suara yang perlahan sebelum meletakkan nota di atas meja belajar.

"Adalah dalam 45 minit kau present." Balas Aisya perlahan sebelum menumpukan perhatian pada Rayyan.

45 minit?! Lama betul!

"Thanks to our presenter for presenting about the latest chapter. Semua faham tak apa yang dia terangkan tadi?" Suara tegas milik Rayyan itu sudah kedengaran. Mata beku lelaki itu sentiasa memerhati semua pelajar disitu.

Senyap sahaja tetapi angguk yang diberi Rayyan. Ada yang buat - buat faham, ada yang memang faham. Kalau tengok sekali muka, dah boleh agak faham atau tak. Itulah kelemahan kelas ini, tak pandai belakon.

Tapi takpe asalkan Nadra dah lepas daripada neraka yang sekejap itu, dia dah bersyukur. Nadra sendiri dah lupa apa yang dia terangkan dekat depan tadi. Cara dia cakap tadi pun boleh tahan laju. Gugup tu tak hilang sampai habis present. Nasib baik tak kena tegur dengan slender man tadi.

"Alright, good. Shall we move on to the next chapter or you guys have any questions?" Rayyan menyoal dengan kening sebelahnya terangkat. Matanya masih memerhati satu oer satu pelajar termasuk lah Nadra.

Rayyan menundukkan pandangan setelah dia memandang gadis comel itu.

Semua hanya diam.

Alhamdulillah.

...

Habis sahaja kelas, Nadra dan Aisya terus keluar daripada dewan dengan laju untuk balik ke asrama semula. Mereka mahu solat asar di situ. Kalau nak pergi surau, lagi jauh daripada dewan. Baik lah mereka balik ke asrama terus. Tak mahu melengahkan solat.

"Cepatlah sikit, Sya—"

"Nadra!"

Terpusing badan Nadra menghadap orang yang menyeru nama nya itu.

Nadra mendengus dalam hati bila melihat Zaid berlari anak menuju ke arahnya. Semak lah lelaki ni, suka sangat menganggu.

Nadra memusingkan badan semula untuk melangkah pergi bersama Aisya. Malas dia nak layan jantan ni lah.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now