𝟓𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.8K 157 23
                                    

"HAI, adik kesayangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAI, adik kesayangan."

"N— Nabeel?" Semakin longlai tubuh Nadra apabila melihat abangnya yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Anak mata yang sedang memandang Nabeel dia larikan sebelum tersenyum pahit. Sungguh dia tak percaya yang abang dia sanggup mengkhianati keluarga sendiri. Liur ditelan paksa, air mata semakin deras menjatuhi di pipi Nadra dan membasahi lantai yang kotor itu. Luruhnya hati gadis itu apabila dia mengetahui perkara yang benar.

Abangnya yang selama ini memujuk sering memujuk, melindung, dan mengelap air mata Nadra sebenarnya lelaki yang kejam. Lelah Nadra bercerita tentang segala perkara bahaya yang berlaku pada Nabeel, rupanya jejaka itu sendiri yang merancang semua itu. Pandai sungguh dia berlakon sehinggakan Nadra sendiri tak dapat nak baca apa yang terisi di wajah Nabeel. Tak terkata Nadra pada waktu ini, dia mula mengingat kembali memori bahagia bersama Nabeel. Sedih. Marah. Kecewa. Tapi kali ini, semua perasaan itu semakin kuat.

Nadra mendekati tubuh Nadra yang terduduk di atas lantai itu sebelum menundukkan separuh badannya bagi melihat wajah gadis itu dengan jelas. Jari telunjuk Nabeel menolak kasar dagu Nadra supaya gadis itu memandangnya, senyuman sinis itu masih terpalit di wajah. Air mata Nadra tidak memberi apa - apa kesan pun dalam hatinya seperti sebelum ini tetapi dia bijak sungguh berlakon. Penat membazirkan air mata demi membuatkan gadis itu percaya yang dia sangat kisah tentang dia.

Nadra memaksa diri untuk memandang Nabeel. Dia mengangkat tangan untuk mengelap air mata sendiri sedangkan dulu Nabeel tak pernah membiarkan dia mengesat air mata sendiri, akan dia yang kesa air mata gadis itu tetapi tidak lagi. Itu semua adalah penipuan besar oleh Nabeel.

"Kesiannya adik abang yang seorang ni ye? Sakit?" Soal Nabeel, nadanya jelas berpura - pura ambil berat tentang Nadra. Jejaka itu menilik wajah Nadra, senyuman sinisnya semakin lebar apabila melihat luka dan lebam pada wajah itu.

"Abang..." Sayu suara Nadra memanggil Nabeel, air mata tidak berhenti daripada jatuh. Sakit hati apabila mengetahui orang yang dia percaya, sebenarnya salah seorang yang menikam belakangnya. Adakah dia sedang bermimpi? Kalau mimpi, kenapa dia rasa sakit sangat macam kenyataan?

"Ye? Do you need anything? Hm?" Persoalan Nabeel itu bagaikan amaran supaya Nadra menggeleng. Kepala Nadra yang tidak lagi bertudung itu dibiarkan dilihat oleh Hadif.

"Kenapa abang..."

"Kenapa aku bawa kau dekat sini?" Teka Nabeel sebab dia tahu gadis itu akan bertanya tentang itu. Kepala Nadra diusap lembut tetapi wajahnya penuh kebencian terhadap Nadra. Gadis itu mahu menolak tetapi dia takut jadi dia biarkan sahaja.

"Remember the pictures? The one that anonymous sent you? The naked pictures." Nabeel bersuara sebelum mengeluarkan kepingan gambar dan mencampak semua gambar itu tepat di muka Nadra, membuatkan bahu gadis itu terhinjut akibat ketakutan. Dengan penuh menggigil, dia mencapai kepingan gambar itu.

"Gambar ni yang aku hantar dekat rumah kau though my plan was failed. It was meant to make your husband hates you tapi dia lebih kenal kau dan aku tak nafikan benda tu tapi... kau ingat aku akan mengalah ke disebabkan aku tak dapat reaksi apa yang aku nak? No, Nadra." Jelas Nabeel lagi. Nadra hanya diam dan dengar apa sahaja yang Nabeel bicarakan. Dia mahu tahu semua.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now