𝟑𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.3K 217 10
                                    

"TAKNAK lah!" Berkerut Aqirah apabila Nadra memujuknya untuk keluar bersama

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"TAKNAK lah!" Berkerut Aqirah apabila Nadra memujuknya untuk keluar bersama. Aqirah sedang sibuk mengemas bilik yang bersepah dengan buku SPM itu. SPM baru habis jadi Aqirah mahu kemas kertas - kertas dan buku - buku yang berselerak itu ke dalam kotak. Dah tak guna jadi ingatkan nak bagi orang lain yang memerlukan semua itu.

"Alah, Qirah... Akak tak perasan lah tiket tu ada 4, jom lah tengok wayang sama - sama dengan Rayyan dan kawan dia. Akak dah tak tahu dah nak ajak siapa lagi nanti membazir kalau dibiarkan macam tu je." Nadra cuba memujuk lagi. Akibat membeli tiket wayang dalam talian waktu tengah malam, pula tu tengah ngantuk sangat sampaikan tertempah 4 tiket sekali. Nak ajak Aisya, dia pula sibuk. Nak ajak Nabeel pula, dia ada kerja dekat luar negeri jadi Aqirah je lah harapan terakhir untuk Nadra.

"Siapa lagi seorang?" Soal Aqirah, mata dan tangan sedang tekun mengemas buku dan kertas yang berselerak itu sebelum dimasukkan ke dalam kotak khas.

"Tak tau lah. Rayyan cakap dia ajak kawan dia sebab Aariz malas." Balas Nadra dengan penuh harapan. Tak beralih pandangannya terhadap Aqirah. Mata bagaikan bercahaya dengan harapan.

"Yelah. Jangan lupa belanja aku Tealive." Aqirah mengalah. Kasihan pula tengok kakaknya yang seperti menagih harapan dengan mata besar itu. Asalkan cerita itu tidak membosankan, dia pun okay.

"Yey!" Jerit Nadra gembira sebelum memeluk Aqirah dengan erat sehinggakan sukar Aqirah hendak bernafas tapi apa yang dia boleh buat? Sabar je lah. Macam kena peluk dengan roti pun ada, lembik sangat Nadra.

"Boleh keluar lah. Qirah nak siap." Halau Aqirah. Bahu Nadra ditolak perlahan sehingga ke luar pintu bilik. Nadra hanya tersenyum manis pada adiknya itu. Kalau bukan sebab terbeli tiket wayang lebih, bergaduh je lah dua orang beradik tu, macam kucing dengan anjing pun ada. Pintu bilik itu Aqirah tutup. Nadra pula mengeluh disebalik pintu itu, senyuman tadi sudah hilang. Penat sungguh memujuk Aqirah sampai hilang tenaga nak keluar kejap lagi. Dia menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Kelihatan figura Rayyan yang sedang duduk di atas sofa, kaki kanan menghempap kaki kiri sambil melihat skrin telefon pintar.

Nadra berjalan menghampiri Rayyan dan mengambil tempat duduk di sebelah suaminya itu. Mata saja nak mencuri tengok skrin Rayyan. Rupanya sedang mesej dengan Ezhar.

"Abang ajak Ezhar ke?" Soal Nadra. Kalau iya, mampus. Sudahlah Aqirah itu musuh ketat Ezhar, kalau berjumpa memang sah bergaduh sampai balik. Mood tengok wayang pun kelaut.

"Haah, kenapa?" Balas Rayyan sebelum menoleh ke arah Nadra. Lengan diketakkan di atas bahu Nadra sebelum menarik gadis itu merapati tubuhnya. Wangian Dior Sauvage itu memasuki rongga hidung Nadra. Boleh cair kalau bau banyak kali! Rayyan memakai baju t berjenama POLO berwarna kelabu dan juga seluar slack berwarna hitam.

Mati lah nak!

"Takde apa lah." Nadra senyum. Semoga angin Aqirah hari ni baik - baik sahaja kalau tidak habis satu wayang tu dipenuhi dengan suara Aqirah dan Ezhar. Daripada nak tengok wayang, semua tengok drama percuma daripada mereka berdua. Semoga Ezhar juga tidak cari pasal dengan Aqirah. Adik Nadra itu tak akan cari pasal dengan sesiapa kalau orang tak mulakan tapi dah Ezhar yang memprovok gadis itu, memang naik angin lah dia.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Место, где живут истории. Откройте их для себя