BAB 1

5.1K 109 1
                                    

Badan direbahkan ke katil. Penat sungguh dia rasa hari ni. Dua tiga kali juga dia ulang alik ke perpustakaan tadi sebab nak siapkan tugasan. Kalau bukan sebab deadline tugasan tu makin hampir, tak ada maknanya dia rajin nak ke perpusatakaan. Boleh cari Haris Arman lain kut kalau tiba-tiba dia jadi rajin tanpa alasan.

Haris Arman tu seorang yang bijak. Tapi dia nakal. Tambah pula dia berkawan dengan Azim dan Faez. Memang berlipat kali ganda nakalnya. Pensyarah mereka pun dah faham benar dengan perangai mereka bertiga di universiti tu. Mereka bertiga memang terkenal dengan sifat yang nakal.

Kalau dalam keluarganya, dia juga yang paling nakal. Kata mummy, Arman tu ikut perangai daddy dia waktu muda dulu. Sekarang pun sama juga, masih nakal. Masih tak sedar yang umur sudah meningkat tua. Kalau dulu, kakaknya Puteri Amani pun berperangai macam dia. Nakal. Tapi sejak bergelar seorang jururawat, perangainya sudah terkawal.

Tak macam kakak sulungnya, Puteri Akish. Dari kecil memang lemah lembut orangnya. Sama macam mummynya. Tapi ada je waktu kakaknya itu akan berubah jadi singa. Selalu puncanya adalah dia. Dia yang akan menyebabkan kakaknya berubah garang macam singa.

“Arman…” Arman menoleh sebaik saja namanya diseru.

“Apa dia?” Arman menyoal dengan gaya tak puas hati. Dia baru je nak rehat. Ada pula yang menganggu.

“Jom keluar. Makan-makan ke? Nak tak?” Faez beri cadangan. Arman pejam mata. Dia sebolehnya malas keluar. Dia penat. Nak rehat.

“Kalau aku tak ikut tak boleh ke? Kau pergi je dengan Azim. Aku penatlah,” kata Arman dengan mata yang hampir terpejam. Penat sangat nampaknya.

“Tak syok lah tak ada kau. Kau keutamaan kami kot. Tanpa kau, musnahlah hidup kami. Jomlah…” gaya macam orang sedang memujuk. Tapi memang dia sedang memujuk Arman untuk sertai dia dan Azim.

“Taknak,” sepatah saja Arman memberi jawapan. Faez cebikkan bibir. Sampai hati Arman tolak ajakan dia.

“Sampai hati kau,” ujar Faez sebak.

Arman buka sedikit matanya. Mulalah tu Faez nak buat drama. Bukan dia tak biasa dengan kawan-kawannya. Jenis suka buat drama swasta. Lagi-lagi si Faez ni.

“Kau tak payah nak buat drama sedih, Faez. Aku lempang kau nanti. Nanti terbang gigi kau sampai ke lautan hindi. Kau nak ke?”

Faez tak jadi nak buat drama sedih. Kalau dia sambung drama, nanti Arman makin tak mahu sertai mereka. Biasanya kalau mood Arman baik, dia pun turut buat drama sekali.

“Kau ikutlah. Boleh ya, sayang? I tak boleh tau kalau you tak ikut sama. I jadi rindu,” kata Faez sambil kenyitkan mata pada Arman.

Arman tayang muka menyampah. Ingatkan dah habis drama swasta si Faez ni. Rupanya di tukar ke channel lain. Bibir Arman tersenyum nakal. Faez nak main drama dengan dia sangatkan? Dia pun boleh main drama.

“You betul ni nak I ikut you?” soal Arman sambil tersenyum. Faez jatuhkan kepala.

“Boleh, sayang. I boleh ikut you. Tapi…ada syaratnya. You boleh ikut tak syarat I?” dengan perlahan Arman mendekati tubuh Faez.

“Apa syaratnya?” soal Faez.

“You kena layan I malam ni. Boleh?” pinta Arman.

“Layan yang macam mana?” soal Faez lagi. Polos.

“Layan yang macam ni…” tangan Arman mula merayap nakal. Faez pula kerutkan kening. Dia masih tak faham dengan layanan yang Arman maksudkan.

“Eh astaghfirullahalazim. Ada babi menyondol. Maksiat!” jerit Azim. Terkejut bila dia lihat aksi nakal Arman pada Faez.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now