BAB 33

1.1K 60 7
                                    

Belakang badan Arman dipandang sambil bibirnya menguntum senyuman yang manis. Suara merdu Arman yang sedang membacakan doa itu bagaikan satu ketenangan pada dirinya. Usai doa diaaminkan, Shafiyah mendekati Arman. Bibirnya masih tersenyum lebar.

"Kau dah kenapa senyum-senyum macam kerang buruk ni? Kau demam panas ke apa?" soal Arman membuatkan senyuman Shafiyah mati.

"Awak ni, tak sweet langsung. Sepatutnya awak kena puji saya. Cakaplah saya ni manis je bila senyum. Ini tidak. Tanya juga soalan mengarut macam tu,"

"Aku tak suka menipu. Kau memang tak manis. Takkan aku nak kena cakap manis pula? Pahit kut kau ni," kata Arman selamba.

"Menyakitkan hati betullah dengan awak ni. Walaupun saya tak manis, sekurangnya awak cakaplah sesuatu yang menggembirakan hati saya. Itulah cara suami nak mengeratkan hubungan dengan isteri dia."

Arman menghela nafasnya.

"Yalah, aku minta maaf. Kau cantik. Cantik sangat. Sampaikan kambing tengok pun terpegun,"

Pap!

Bahu Arman ditampar kuat. Geram! Ingatkan nak puji betul-betul. Rupanya tetap sama.

Arman pula ketawa besar melihat wajah cemberut isterinya. Suka sangat dia mengusik Shafiyah. Melihat wajah Shafiyah yang masam mencuka bagaikan satu kepuasan untuk dia.

"I love you," ucap Shafiyah tiba-tiba.

Tawa Arman terus mati. Agak terkejut dengan pengakuan Shafiyah secara tiba-tiba itu.

"Aku dah cakap kau ni banyak merapu. Kau pergilah check sikit otak kau tu. Silap hari bulan, kau dah check in Hospital Tanjung Rambutan. Masa tu, aku boleh kahwin lain."

"Arman, saya serius. Saya tak main-main," tegas Shafiyah membuatkan lidah Arman makin kelu.

"M-maksud kau?" Arman beranikan diri menyoal. Shafiyah cintakan dia?

"Saya rasa...saya sukakan awak," luah Shafiyah.

Mata Arman membulat. Sungguh dia terkejut. Secepat itukah Shafiyah jatuh cinta padanya. Dia belum sempat nak buat apa-apa. Mengikut perancangan dia, dia yang mahu mulakan langkah. Dia nak ambil hati Shafiyah. Dia nak buat isterinya jatuh cinta pada dia. Tapi kenapa cepat sangat?

"Saya tahu, awak terkejut dengan pengakuan saya ni. Selama ni, saya yang tak sedar tentang perasaan saya sendiri. Saya dah jatuh cinta pada awak. Pada kekasih halal saya. Saya takut untuk kehilangan awak. Saya cintakan awak, Arman. Awak...cintakan saya tak?"

Dup! Dap! Dup! Dap!

Jantung Arman berdegup laju. Ketiaknya mula berpeluh. Tak boleh jadi ni.

"Tak! Aku tak cintakan kau," laju Arman menafikannya.

"Tipu..." ujar Shafiyah dengan suara yang agak kendur. Sedikit kecewa bila Arman tidak mempunyai perasaan yang sama padanya.

"K-kenapa pula aku nak tipu? Aku tahulah perasaan aku." Arman masih menafikannya. Tak tahulah sama ada ego atau bukan. Padahal dia sukakan Shafiyah. Dia cintakan Shafiyah. Kenapa lidahnya tak boleh menyatakan itu?

"Okay!" Respon Shafiyah seakan tak terkesan dengan pengakuan Arman.

Kening Arman terjongket sedikit. Itu saja ke respon yang diberikan oleh Shafiyah? Dia menjangkakan ekspektasi yang lain.

"Okay je?" Arman menyoal untuk kepastian.

"Yalah, saya faham kalau awak tak sukakan saya. Sayakan paksa awak kahwin dengan saya. Mesti akan ambil masa untuk awak jatuh cinta pada saya,"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now