BAB 23

1.3K 66 11
                                    

Hari yang paling dinantikan. Hari pernikahan antara Arman dan Shafiyah. Arman, awal pagi dah mula bersiap. Padahal akad nikah bermula pukul 10. Lain macam Arman punya semangat hari ni. Wajah pun ceria saja. Asyik tersenyum saja.

"Amboi adik kakak ni, senyum sampai ke telinga. Happy semacam," usik Puteri Akish. Senyuman Arman makin melebar.

"Mestilah, kak. Diakan nak jadi suami orang dah. Hari bahagia. Kenalah senyum sampai ke telinga," tambah Puteri Amani pula sebelum Puteri Akish turut sama tertawa.

"Seronok eh mengusik Arman? Kakak tunggulah bila kakak kahwin nanti. Mesti kakak macam Arman juga,"

"Kau tak nervous ke?" soal Puteri Amani ingin tahu. Selalunya orang nak kahwin dia akan berdebar. Tapi Arman nampak tenang je.

"Gila tak nervous? Dari semalam Arman tak boleh tidur. Ini pun Arman cuba sembunyi sebaik mungkin," luah Arman. Itulah punca dia bangun awal. Sebab tak boleh tidur. Tapi dalam masa yang sama dia teruja. Tak sabar nak kahwin.

"Alolo kesiannya adik kakak ni." Puteri Amani cubit pipi Arman. Gaya macam gomol pipi budak kecil.

Arman tepis tangan kakaknya itu. Apa pula cubit pipi dia? Ingat dia budak kecil ke?

"Arman selawat je banyak-banyak. Minta Allah permudahkan urusan Arman hari ni," ujar Puteri Akish untuk menenangkan adiknya. Tak mahu Arman terlalu gelabah untuk majlis sebentar nanti.

"Terima kasih, kakak." Arman menghadiahkan senyuman buat kakaknya. Lega sikit hatinya setelah meluah apa yang dia rasakan dari tadi.



TIBA SAJA di perkarangan masjid, Arman segera melangkah masuk. Kebetulan, Tok kadi yang bakal nikahkan dia belum tiba. Jadi dia keluar semula. Mahu menghirup udara segar. Debaran didadanya membuatkan dia sukar untuk bernafas.

Saat mata menangkap dua figura yang dikenali, kaki mula mengatur langkah menghampiri mereka berdua. Bukan main rancak lagi Aniq dan Tengku Fahmi berbual.

"Eh kenapa pengantin datang sini? Nak lari dari majlis kahwin sendiri ke apa?" Tengku Fahmi terlebih dahulu menyoal Arman.

"Kalau Arman nak lari, Arman takkan datang sini. Arman naik kereta terus blah,"  kata Arman mencetuskan tawa dari bibir Aniq dan Tengku Fahmi.

"Ada apa Arman? Gelisah semacam je ni?" soal Aniq pula.

"Memang gelisah ni. Arman nervous. Jantung ni dari tadi berdegup laju. Tak pernah lagi Arman rasa macam ni. Itu yang keluar sekejap. Cari udara yang segar,"

Aniq dan Tengku Fahmi tersenyum. Mereka berdua pernah lalui detik macam ni. Memang rasa nak tercabut je jantung tu.

"Arman selawat je banyak-banyak. Doa supaya Allah permudahkan urusan. Dulu abang Fahmi pun nervous juga. Takut tak lepas nak jawab akad nikah. Seminggu awal abang Fahmi dah practice akad nikah tu," kata Tengku Fahmi. Nasihat sama yang diberikan oleh kakaknya tadi.

"Aku pun sama Arman. Awal-awal lagi memang dah practice. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je dah sah." Aniq pula berkata.

"Kena practice ke?" soal Arman sambil garu kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau tak practice pun tak apa. Bukannya wajib pun. Nanti kau ikut sajalah apa yang tok kadi tu sebut. Cukup kau ingat nama bakal isteri dan mas kahwin. Insya Allah lulus nanti," kata Aniq lagi.

Arman garu kepala lagi. Nama penuh bakal isteri dia pun tak tahu. Dia pun kena paksa untuk berkahwin. Memang dia tak ambil tahu tentang bakal isteri.

"Jangan cakap Arman tak tahu nama bakal isteri,"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now