BAB 52

1.3K 59 2
                                    

Setelah berdiri, Shafiyah duduk. Setelah duduk, Shafiyah berdiri pula. Selepas itu, dia berjalan mundar mandir didapur. Bibirnya digigit perlahan. Terjongol kepala Shafiyah mengintai Arman yang sedang menonton televisyen. Beranikan diri, dia menghampiri Arman. Lalu, Shafiyah mengambil tempat disebelah Arman.

Arman menoleh sekilas memandang Shafiyah disebelah sebelum matanya kembali fokus pada skrin televisyen.

"Awak, saya ada benda nak cakap pada awak." Shafiyah memulakan bicara. Jantungnya berdegup semakin laju.

"Apa? Cakap sajalah," balas Arman. Matanya tetap fokus pada skrin televisyen menonton cerita kartun Zig & Sharko.

"Sebenarnya saya..."

Arman berpaling memandang Shafiyah. Bunyi macam serius je.

"Cepatlah." Arman mendesak. Dia pula yang tak sabar nak tahu.

"Sebenarnya...sejak kejadian di Port Dickson tu, saya dah dua bulan tak period" Shafiyah gigit bibit lalu memejam rapat matanya. Takut untuk menerima respon daripada Arman.

Ya, dua bulan sudah berlalu. Dan dua bulan jugalah dia tak datang bulan. Bulan lepas, dia abaikan saja. Dia fikir mungkin kerana perubahan hormon. Tapi bila masuk bulan kedua dia tak period, dia rasa lain. Ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya.

"Tak period? Maksudnya?" Arman menyoal bingung. Manalah dia tahu masalah perempuan kalau tak datang bulan.

"Awak rasa saya mengandung ke?"

"Hah!? Mengandung?" Keras suara Arman menyoal. Biar betul?!

Pap!

Bahu Arman ditampar kuat. Shafiyah terkejut mendengar suara Arman yang kuat tadi.

"Awak ni, terkejut saya. Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Kalau tidak, mati kejung je dekat sini."

"Tak apalah. Nanti Arman boleh kahwin lain,"

Pap!

Sekali lagi bahu Arman ditampar. Orang tengah serius dia main-main pula.

"Saya serius, Arman. Janganlah main-main." Shafiyah mendengus geram. Ada juga yang nak kena pukul dengan kuali.

"Sorry-sorry, tapi betul ke Sha mengandung?"

"Saya tak tahu. Saya syak je. Sebab period saya selalunya okay je. Tapi ni dah dua bulan tak datang. Agak lainlah,"

"Sha ada rasa pening atau mual tak? Atau ada rasa mengidam ke?" soal Arman lagi.

"Tak adalah pula. Saya tak ada rasa apa-apa. Cuma period saya je yang tak datang."

"Arman nak keluar sekejap," ujar Arman lalu dia bangun dari sofa.

"Pergi mana?"

"Pergi farmasi,"

"Buat apa?" Shafiyah menyoal lagi.

"Nak beli pregnancy test kit. Arman nak Sha buat ujian kehamilan tu,"

Shafiyah jatuhkan kepala. Dia tidak menghalang Arman untuk membeli test kit kehamilan. Dia sendiri pun nak tahu sama ada dia mengandung atau pun tidak.

Tak ambil masa yang begitu lama, Arman sudah kembali semula ke rumah. Satu beg plastik Arman serahkan kepada Shafiyah. Di dalamnya terdapat beberapa jenis test kit yang dia beli.

Shafiyah buka beg plastik itu. Hampir terkeluar biji matanya bila melihat begitu banyak test kit yang Arman beli. Dia ingatkan Arman cuma beli satu atau dua saja.

"Banyaknya awak beli. Kalau awak beli dua pun dah cukup,"

"Tak apa. Yang lebih tu boleh guna kemudian. Pergilah check sekarang," tubuh Shafiyah ditolak ke arah bilik air. Dia pula yang tak sabar nak tahu hasilnya nanti macam mana.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now