BAB 18

958 51 3
                                    

Awal-awal pagi Shafiyah sudah berada dikawasan rumah sewa Arman. Macam mana dia boleh kenal rumah sewa Arman? Itu pun sebab dia ekori Arman selepas pulang dari masjid semalam. Hari dia akan buat benda yang sama. Selalunya, bila hujung minggu Arman akan pulang ke rumah keluarganya. 

Lihat saja Arman keluar dari rumah, cepat-cepat Shafiyah sempunyi. Takut kantoi. Nasib baik hari ni dia guna kereta lain. Dia pinjam kereta Datin Sofea. Tak adalah Arman cam kereta dia.

Bila kereta Arman mula meninggalkan perkarangan, barulah Shafiyah mengekorinya dari jarak jauh. Tak mahu Arman mengesan pergerakannya.

Tak sia-sia dia mengekori Arman. Benarlah, Arman pulang ke rumah keluarganya. Bila Arman sudah menghilang ke dalam rumah, barulah Shafiyah keluar dari keretanya. Tanpa keraguan, Shafiyah berdiri depan pagar rumah banglo dua tingkat tu.

"Kaya juga family dia ni. Tapi dia punya merendah diri, kadang tak ada gaya macam orang kaya. Mungkin Arman suka bersederhana." Shafiyah meneka sendiri.

Tak membuang masa, butang loceng ditekan. Baru dua kali dia tekan, terlihat seorang wanita baya mamanya yang keluar dari pintu rumah.

"Cari siapa?" Wanita itu menyoal.

Shafiyah menghadiah satu senyuman manis.

"Betul ke ni rumah keluarga Haris Arman?"

Wanita itu kerutkan kening. Jarang pula ada yang mencari Arman dirumah.

"Cik ni siapa?" Wanita itu menyoal lagi.

"Saya Shafiyah, girlfriend Arman. Boleh saya jumpa dengan mak ayah Arman?"

Wanita itu nampak terkejut. Sejak bila Arman ada girlfriend?

"Aunty ni mummy dia. Panggil je aunty Yana," ujar Puan Ayana.

"Maafkan saya aunty. Saya tak tahu. Oh, lupa! Aunty apa khabar?" Tangan dihulurkan sebelum Puan Ayana menyambutnya.

"Alhamdulilah, sihat. Eh jomlah masuk,"

Shafiyah mengangguk sebelum mengekori langkah Puan Ayana. Mummy Arman nampak baik. Jadi senanglah dia nak ambil hati.

"Siapa yang datang, sayang?"

Shafiyah tersenyum sehingga menampakkan giginya. Ini mesti daddy Arman.

"Assalamulaikum, uncle. Nama saya Shafiyah. Saya ni girlfriend Arman,"

"Apa? Girlfriend Arman?" Tak menjawab salam tadi, sebaliknya Tuan Hafiz menyoal kerana terkejut.

"Hah? Arman ada girlfriend?" Amani dan Akish pula serentak menyoal. Mereka berdua sedang menuruni anak tangga.

"Ini siapa, aunty?" soal Shafiyah.

"Ini anak aunty juga. Kakak Arman,"

Shafiyah mengangguk tanda mengerti. Patutlah ada iras Arman.

"Betul ke awak ni girlfriend Arman?" Amani menyoal tidak percaya. Tengok gaya Arman, tak macam orang ada kekasih.

"Panjang cerita dia. Tapi saya akam cuba ringkaskan sebaik mungkin. Ada alasan juga kenapa saya datang ke sini," kata Shafiyah membuatkan Tuan Hafiz dan Puan Ayana telan air liur. Fikiran mereka tak boleh nak fikir benda positif.

"Arman...mengandungkan Shafiyah ke?" Puan Ayana beranikan diri untuk menyoal.

"Eh tak! Arman baik orangnya. Dia tak pernah buat benda jahat pada saya,"

Puan Ayana menghela nafas lega. Risau sungguh dia tadi. Risau kalau Arman buat perkara yang keji belakang dia.

"Habis tu apa?"

CINTA UNTUK KANDAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt