BAB 13

1.6K 74 2
                                    

Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan. Mahu tidak mahu, dia harus berbincang dengan papa dan mama. Sekurangnya, biarlah mama dan papa tahu apa yang dia nak buat. Macam yang Arman kata, Insha Allah mama dan papa faham tentang niat dia.

Lihat saja mama dan papa sedang berehat di gazebo sambil minum tea, kaki dihayun menghampiri. Sejak semalam, inilah peluang dia ada untuk bersua muka dengan mama dan papanya.

Kehadiran dia disitu hanya dipulaukan oleh Datuk Huzair dan Datin Sofea. Bibir mencebik nipis. Mama dan papa masih marahkan dia ke? 

"Ma, pa. Sha datang ni. Kenapa mama dengan papa buat tak tahu je?" Shafiyah menyoal.

"Datang jelah. Macam tak biasa pula kamu sertai mama dan papa minum tea waktu petang macam ni," jawab Datin Sofea dingin. Sengaja dia nak menghukum Shafiyah. Padahal dia sudah tidak marah lagi.

"Mama dan papa masih marahkan Sha?" Shafiyah menyoal lagi.

"Sha ada buat salah dengan kami ke?" Sengaja Datuk Huzair menyoal Shafiyah dengan soalan itu. Dia nak tengok sama ada Shafiyah akan mengaku salahnya ataupun tidak.

"Semalam...." kata Shafiyah perlahan. Hampir tidak terdengar suaranya.

"Kenapa dengan semalam?" Datuk Huzair menyoal lagi.

"Papa...janganlah buat Sha macam ni. Sha tahu Sha salah,"

"Papa tanyakan, kenapa dengan semalam? Sha buat salah apa?"

Tanpa berkata, Shafiyah terus peluk papanya. Tubir mata mula bertakung.

"Sha minta maaf. Sha tak patut membelakangi papa dan mama tentang keputusan Sha untuk buka butik tu. Tapi Sha memang nak sangat ada butik sendiri. Sha tak nak sia-siakan bakat Sha, papa. Sha nak cuba berdikari,"

Datuk Huzair dan Datin Sofea saling berpandangan. Begitulah Shafiyah bila buat salah. Mesti akan peluk papa atau mamanya. Anak manja. 

"Papa izinkan Sha buka butik tu," ujar Datuk Huzair membuatkan Shafiyah mendongak. Air mata yang hampir keluar tadi ditarik kembali.

"Betul ke pa?" Shafiyah menyoal teruja.

"Tapi papa tetap tak setuju kalau Sha buka butik tu bersama Emylia,"

Wajah yang ceria tadi kembali muram. Bukan ini yang dia mahukan.

"Tapi Emylia dah keluarkan modal dia untuk butik tu."

"Kalau macam tu, Sha kena ikut syarat yang papa bagi."

Berkerut kening Shafiyah setelah mendengar apa yang diberitahu oleh papanya. Sejak bila papa reti buat syarat ni?

"Syarat apa, pa?" 

"Sha kena kahwin,"

Luas mata Shafiyah terbuka. Telinga dia belum rosak lagikan? Papa suruh dia kahwin? Kenapa tiba-tiba?

"Apa papa cakap ni? Selama ni papa tak pernah sebut pasal kahwin pun. Tiba-tiba pula nak Sha kahwin." Shafiyah cuba bertanya. Manalah tahu papanya tersilap syarat.

"Sha pilih. Sha nak tarik diri daripada menjadi rakan kongsi Emylia, atau Sha nak kahwin. Keputusan ditangan Sha,"

Shafiyah memandang mamanya. Cuba minta bantuan untuk memujuk papanya. Tapi Datin Sofea awal-awal dah angkat bahu. Nampak gaya, mama pun tak mampu nak tolong dia.

"Macam mana Sha nak kahwin kalau Sha tak ada boyfriend, papa! Sha mana pernah bercinta," beritahu Shafiyah sambil mencebik.

"Carilah. Itu pun Sha nak papa ajar ke?"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now