BAB 32

1.1K 61 2
                                    

Setelah duduk, Shafiyah berdiri. Sejak tadi fikirannya bercelaru. Arman buat apa? Sudah makan ke dia? Semua tentang Arman dia fikirkan. Tak sampai dua hari dia pulang ke rumah keluarga. Tapi fikirannya hanya memikirkan Arman. Arman yang minta dia untuk pulang ke rumah ke rumah mama dan papa kerana Arman perlu tinggal dirumah sewa lamanya. Katanya ada hal yang dia nak selesaikan.

"Sha, are you okay?" soal Datin Sofea. Dari tadi dia melihat Shafiyah seperti risaukan sesuatu.

"No, I'm not." Shafiyah duduk semula disofa bersama mamanya.

"Kenapa? Ada benda yang membuatkan Sha jadi tak okay?"

"Sha risaukan Arman, mama. Sejak semalam, dia tak ada call Sha pun. Dia buat apa? Dah makan ke? Ish banyaklah yang Sha fikir tentang dia,"

Datin Sofea tersenyum. Ingatkan apalah yang difikirkan anaknya. Rupanya fikirkan tentang suami sendiri. Sampaikan nampak stress.

"Sha rindukan dialah tu," kata Datin Sofea.

"Sha rindukan Arman?" Shafiyah bertanya semula.

"Yalah, Sha rindukan Arman. Kalau tidak, tak adanya Sha nak fikirkan tentang Arman. Sha, jangan jadi ego sangat. Sha call sajalah Arman tu. Buat mengubat rindu,"

Shafiyah berfikir sejenak. Betul ke apa yang dikatakan oleh mamanya? Dia rindukan Arman? Macam tak mungkin.

"Ma, Sha nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

"Kenapa Sha selalu rasa berdebar bila Sha dekat dengan Arman? Normal ke kalau kita rasa macam tu bila dengan suami sendiri?" soal Shafiyah. Sejak hari pertama dia jadi isteri Arman, memang jantung dia tak pernah rasa tenang. Kadang sampaikan dia susah nak bernafas.

Datin Sofea ketawa. Rasa lucu dengan soalan yang diajukan oleh Shafiyah. Kenapalah Shafiyah ni naif sangat? Benda macam tu pun tak tahu.

"Sha jatuh cinta dengan Armanlah tu," jawab Datin Sofea dengan tawa yang masih tersisa.

"Sha jatuh cinta dengan Arman?" soal Shafiyah tidak percaya. Tak mungkin dia jatuh cinta pada Arman. Arman tu banyak menyakitkan hati dia kut.

"Iyalah. Dulu mama pun rasa macam tu. Berdebar-debar bila dekat dengan papa. Lagi-lagi bila papa mula mengayat mama dengan ayat buaya dia. Lagilah jantung mama ni tak tenang. Asyik berdegup je,"

"Perangai Sha sama macam mama dulu. Lambat sangat nak sedar yang dia dah jatuh cinta," sampuk Datuk Huzair. Kemudian dia melabuhkan punggung disebelah isterinya.

"Abang tak payahlah nak mengungkit kisah lama. Masa tu saya memang tak tahu yang saya jatuh cinta dengan abang. Maklumlah, pertama kali jatuh cinta sepanjang hayat saya."

"Samalah dengan Sha. Sha mana pernah jatuh cinta. Jadi Sha tak tahu bila kita dah jatuh cinta tu macam mana," sambung Shafiyah pula. Memang betul dia tak pernah bercinta. Sebelum ni, mana ada lelaki yang buatkan dia rasa macam tu.

"Sekarang Sha dah tahu. Jadi Sha kenalah buat sesuatu. Luahkan perasaan Sha pada Arman. Jangan sampai Sha terlambat. Nanti Sha menyesal."

"Kalau Arman tak cintakan Sha macam mana?" soal Shafiyah.

"Sha menguratlah dia sampai dia jatuh cinta pada Sha."

"Mengurat?" soal Shafiyah terkejut. Manalah dia reti. Tak pernah dia mengurat lelaki. Tapi tak salah kut mencuba. Lagi pun Arman tu suami dia. Bukan suami orang lain.

"Sha naik atas dulu. Sha nak call Arman," ujar Shafiyah sebelum dia berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik.

Datuk Huzair menggeleng perlahan sambil matanya memandang Shafiyah yang sedang menaiki anak tangga. Shafiyah terlalu naif dalam hal percintaan. Lambat betul nak sedar yang dia dah jatuh cinta. Nasib baik perkahwinan Shafiyah dan Arman tu masih baru. Masih berpeluang untuk membaiki hubungan ke arah yang lebih baik.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now