BAB 31

1.1K 62 3
                                    

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu Shafiyah akan kemaskan rumah bersama Arman. Tapi selepas bersarapan tadi, Arman terus menghilangkan diri ke dalam bilik. Puas juga dia menunggu Arman turun semula ke tingkat bawah. Namum penantiannya hanya sia-sia. Akhirnya, dia buat kerja seorang diri. Tapi dia tak merungut pun. Dia boleh buat sendiri. Dan itu memang tugas dia. 

Ketika itu, Shafiyah melihat Arman yang sedang menuruni anak tangga. Nampak segak apabila Arman mengenakan tshirt lengan pendek berwarna khaki dan berseluar slack hitam. Siap bawa beg sandang.

"Awak nak pergi mana?" Shafiyah menyoal hairan. Segak macam tu. Arman nak keluar ke? Tapi Arman tak ada cakap pula.

"Aku nak keluar," jawab Arman.

"Keluar? Kenapa tak cakap dekat saya?"

"Aku cakaplah ni,"

"Bukan itu maksud saya. Maksud saya, kenapa awak tak cakap awal-awal? Kenapa baru sekarang awak bagitahu saya?"

"Entah. Aku memang tak berniat nak bagitahu kau. By the way, aku balik lambat tau. Petang nanti baru aku balik,"

"Lamanya. Awak buat apa keluar lama macam tu?" soal Shafiyah tak puas hati. Nanti bosanlah dia seorang diri dekat rumah.

"Adalah. Kau sibuk nak tahu kenapa?"

"Nanti bosanlah saya seorang diri dekat rumah ni. Kalau saya tahu awak pun nak keluar, saya setuju je bila Emylia ajak saya keluar tadi."

"Siapa Emylia?"

"Emylia. Kawan saya tulah. Dia ajak saya keluar tadi. Tapi saya tolak sebab hari nikan cuti. Saya ingat nak luangkan masa dengan awak. Tapi awak pula nak keluar." Bibir mencebik.

"Oh kau pergi jelah. Kesian pula kau seorang diri je dekat rumah,"

"Awak izinkan ke?"

"Ya, aku izinkan. Aku bukan kejam sangat nak kurung kau dalam rumah ni. Sedangkan aku boleh pula nak keluar. Pergilah. Tapi jaga diri kau tu. Kalau ada apa-apa bagitahu aku," sempat Arman berpesan.

"Baik boss!" Shafiyah angkat tabik hormat.

Arman tersenyum sebelum dia melabuhkan satu ciuman didahi licin Shafiyah. Tak lama, tapi cukup membuatkan Shafiyah kaku. Tergamam apabila menerima ciuman itu. Jantung yang tadi berdegup normal, kini berubah menjadi laju. Sikap Arman selalu membuatkan Shafiyah tak keruan.

Hilang saja Arman dari pandangan, Shafiyah terus bergegas ke bilik. Mahu memberitahu Emylia yang Arman izinkan dia untuk keluar.



SHAFIYAH melangkah lemah mengekori Emylia dari tadi. Penat. Sudah satu jam lebih mereka berada dalam mall itu. Tangan pun sudah penuh dengan beg kertas. Semuanya milik Emylia. Dia cuma beli kasut saja tadi. Beli banyak sekalipun, bukan pakai juga.

Nasib baik dia tak buat keputusan untuk pakai heels. Dia pakai sneakers. Kalau tidak, memang lenguh kaki dia nak berjalan. Lagipun dia memang jarang pakai heels.

"Emy, lambat lagi ke? Aku penatlah." Shafiyah merungut. Sudah tak tahan lagi kerana terlalu penat.

"Ala kau ni, aku belum puas shoppinglah."

"Tapi aku dah penat," luah Shafiyah. Mana tak penat. Dah satu jam lebih dalam dia keliling mall.

"Itu sebab kau dah gemuk. Jadi cepat mengah. Lepas ni kau kena kurus sikit. Jadi macam aku. Kalau berjalan tiga jam pun belum penat."

Bahu Shafiyah mengendur. Ya, dia terasa hati dengan Emylia. Dia tahu dia makin gemuk. Itu pun sejak dia tiga bulan lalu. Tepat disaat Arman bersetuju untuk kahwin dengannya. Terlalu gembira sampaikan selera makannya asyik bertambah.

CINTA UNTUK KANDAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum