BAB 20

1.1K 56 0
                                    

Hari ini merupakan hari dimana keluarga Arman datang ke rumahnya. Merisik dan bertunang. Kalau ikutkan dia taknak buat majlis bertunang pun. Tapi bila Arman mahu mereka bertunang. Dia ikut saja. Majlis yang simple. Hanya keluarga dia dan keluarga Arman.

Agak berdebar sebenarnya walaupun majlis ini hanya didatangi oleh keluarga mereka sahaja. Upacara sarung cincin pun dimulai. Menggigil juga tangan dia.

"Cantik cincin ni. Mummy pilihkan ke?" Shafiyah menyoal sambil menatap cincin yang tersarung dijari. Panggilan pun dah bertukar. Dah naik satu level.

"Tak adalah. Cincin ni Arman yang pilihkan. Mummy nak ikut. Tapi dia yang tak bagi,"

Shafiyah terdiam. Patutlah Arman ada telefon dia minggu lepas. Rupanya nak beli cincin tunang. Arman pilih sendiri pula tu. Sweet juga Arman ni.

"Arman tak datang ke mummy?"

"Datang. Tapi dia duduk dekat luar tadi. Katanya segan nak masuk," ujar Puan Ayana sambil tersenyum.

"Segan apanya? Dia bukan tak biasa datang sini,"

"Entahlah dia tu. Bukan ada orang lain pun."

Shafiyah ketawa perlahan sambil menggeleng. Sejak bila Arman pandai rasa segan ni?

"Sha nak keluar. Nak jumpa Arman."

Puan Ayana mengangguk sebelum Shafiyah bangun dan berjalan keluar. Kelibat Arman pula dicari. Pandang kiri, pandang kanan. Tak ada pula si Arman ni. Mana pula dia pergi?

"Takkan dah balik? Tapi dia balik dengan siapa?"

Keluh dilepaskan. Bukan main dia teruja nak jumpa Arman. Tapi Arman pula tak ada.

"Kau cari apa?"

Bila telinga mendengar suara itu, terus tubuh dipusing ke belakang. Bibir tersenyum lebar. 

"Arman! Awak pergi mana? Puas saya cari awak. Saya ingatkan awak dah balik," bibir dicebikkan. Hampir menangis bila dia fikir yang dia tak berpeluang untuk berjumpa Arman.

"Cengeng! Yang kau nak sedih sangat tu kenapa? Aku bukan mati pun,"

"Eee mulut awak ni. Janganlah cakap macam tu. Kalau awak betul-betul mati macam mana? Sekurangnya tunggulah kita kahwin dulu,"

"Kau lebih pentingkan perkahwinan tu daripada aku? Aku ni memang tak ada gunanya pada kau?"

Shafiyah menggeleng. Jujur betul.

"Aku nak tanya,"

"Tanya apa?"

"Kau..."

Dengan penuh sabar Shafiyah menanti soalan yang bakal terbit dari mulut Arman.

"Kau apa?" Lama sangat dia menunggu. Lebih baik dia yang bertanya.

"Tak ada apa-apalah." Arman menggeleng. Tak jadi dia nak bertanya. Dari mata Shafiyah, dia boleh tahu yang gadis itu tidak menipu. Shafiyah memang gunakan dia untuk kepentingannya sahaja. Mana mungkin Shafiyah akan sukakan dia.

"Pulak dah. Tadi macam serius je muka tu. Ingatkan ada benda penting yang awak nak cakap pada saya. Saya tak suka tahu tak bila orang cakap separuh jalan macam awak ni,"

Arman sekadar tersenyum nipis. Membiarkan saja Shafiyah sedang membebel pada dirinya.

Setelah hampir 10 minit Arman tadah telinga mendengar Shafiyah membebel, barulah dia dijemput masuk. Hanya kerana dia tak mahu bertanya soalan tadi, habis segala topik Shafiyah membebel padanya. Nasib badan.

Masuk saja ke dalam rumah, Arman melabuhkan punggung disebelah daddynya. Tiba-tiba jadi behave. Hanya sikap yang baik dia tunjukkan. Maklumlah depan bakal mertua.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now