BAB 34

1.1K 50 1
                                    

Shafiyah menyambut kehadiran ibu mertuanya di butik itu dengan mesra. Satu jam yang lalu, dia menerima panggilan daripada ibu mertuanya bahawa dia akan berkunjung ke butik. Kelam kabut Shafiyah menyuruh pekerjanya agar mengemas apa yang patut. Walaupun butiknya itu sudah bersih dan kemas. Mak mertua nak datang punya pasal.

Shafiyah ingatkan ibu mertuanya datang seorang diri. Rupanya ibu mertuanya datang bersama kawannya, Puan Hanan. Yang dia tak suka, Haura pun ada sekali. 

"Besar juga butik awak ni, Sha. Dekorasinya pun cantik," puji Haura.

"Mestilah," balas Shafiyah bangga.

"Baju dekat butik ni pun cantik," puji Haura lagi.

"Memanglah cantik, saya sendiri yang reka. Dah ramai orang puji,"

Haura memicingkan matanya. Shafiyah macam tak mahu beramah mesra dengannya. Masih cemburukah Shafiyah pada dia?

"Awak ni kenapa? Dingin je dengan saya. Ada yang awak tak puas hati dengan saya ke?" soal Haura.

"Saya takkan puas hati kalau awak masih rapat dengan suami saya," jawab Shafiyah.

"Awak cemburu?"

"Ya!"

Haura menghela nafasnya perlahan. Dia faham perasaan Shafiyah. Tapi Shafiyah perlu tahu yang dia tak ada perasaan pada Arman. Dia dengan Arman sekadar kawan.

"Saya tak ada perasaan pun dekat Arman tu. Awak tak perlu pun nak jealous dengan saya. Saya dengan dia cuma kawan,"

"Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan. Tipulah kalau awak tak ada perasaan pada dia. Lagi pula Arman tu layan awak baikkan? Takkan awak tak jatuh cinta dengan layanan baik Arman tu?"

"Saya berani bersumpah, Sha. Saya tak ada perasaan Arman. Saya sukakan lelaki lain. Dan Arman tu tak ada perasaan pun dekat saya. Dia cintakan awak,"

Terus Shafiyah terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Haura. Arman cintakan dia?

Haura tekup mulut sendiri. Alamak, dia terlepas cakap! Habisla kalau Arman marahkan dia.

"Apa awak cakap? Arman cintakan saya?" Shafiyah menyoal untuk kepastian. Kalau betul, dialah orang yang paling bahagia.

"Errr entah. Awakkan isteri dia. Mestilah dia cintakan awak. Tak mungkin dia cintakan perempuan lain. Mana boleh macam tu. Tak baik, kan?" Haura tersengih kekok. Sedaya upaya dia cuba untuk sembunyikan rahsia terbesar Arman.

"Awak ada sembunyikan sesuatu ke daripada saya?" Shafiyah menyoal sambil memicingkan matanya. Gaya Haura yang mula gelabah biawak tu seakan ada sembunyikan sesuatu.

"M-mana ada. Saya bercakap benda yang betul. Eh awak jangan risau. Saya tak sukakan Arman. Awak janganlah jadikan saya musuh awak." Sengaja Haura menukar topik. Tak mahu Shafiyah terus menyoal tentang tadi.

"Ada sebab ke untuk saya tak jadikan awak sebagai musuh saya?"

"Ada. Saya boleh tolong awak untuk dapatkan Arman,"

"Saya dah dapat Arman. Dia dah jadi suami saya pun. Awak tak tolong pun tak apa,"

Haura garu kepalanya yang berlapik tudung itu. Dia yang salah cakap atau Shafiyah yang salah faham?

"Err maksud saya. Buat Arman jatuh cinta pada awaklah,"

Shafiyah diam seketika. Hatinya mula tergugat. Inilah masa untuk dia tahu tentang Arman daripada Haura. Haura tu kawan baik Arman. Mestilah Haura tahu banyak perkara tentang Arman. Tapi dia ragu-ragu untuk percayakan Haura. Kalau Haura tipu dia macam mana?

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now