BAB 16

1K 48 3
                                    

Tshirt hitam berlengan panjang disarungkan ke tubuhnya yang terdedah. Sarung seluar jeans, tuala disangkut ke pemyidai. Rambut pula dirapikan. Sempat dia spray kan perfume.

Tak mahu lambat, pantas dia bergegas keluar dari rumah. Tarik pintu, Arman terus memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Kereta mula bergerak keluar dari perkarangan.

Faez mengintai melalui tingkap biliknya. Hairan bila melihat Arman segak berpakaian terburu-buru keluar dari rumah. Semalam kata tak mahu pergi ke kelas. Tapi pergi juga. Faez garu kepala. Bukan ke kelas hari ni bermula pukul 9. Sekarang baru pukul 7.30 pagi. Awalnya Arman pergi.

Sepanjang perjalanan, Arman hanya fokus pada pemanduan. Sekali sekala dia turut menyanyi bila ada lagu yang kena dengan jiwanya terpasang di radio.

Sampai saja ke destinasi, dia terus menuju ke pejabat. Mencari pemilik Rumah Anak Yatim Sri Kemboja.

"Assalamualaikum, walid." Arman memberi salam sebaik tiba di pintu pejabat.

"Waalaikumussalam, Arman. Kamu sampai lebih awal dari walid jangka," kata Ustaz Izhar atau lebih mesra disapa walid.

"Arman sengaja nak datang awal. Arman rindukan anak-anak dekat sini. Diaorang dah bangun ke, walid?"

"Sudah. Bila tahu je kamu nak datang sini, semua bangun awal. Semua jadi rajin. Diaorang tengah tolong umi siapkan sarapan,"

Arman kerling jam ditangan.

"Dah pukul 8 lebih. Diaorang tak sarapan lagi?"

"Hari ni diaorang minta nak sarapan lambat sebab nak tunggu kamu. Kamu dah makan?"

Arman menggeleng sambil tersenyum. Dia tak sempat nak sarapan pun tadi.

"Marilah. Kita sarapan bersama anak-anak,"

Arman mengangguk lagi sebelum mengikuti langkah Ustaz Izhar.

Sampai saja ke dewan makan, bibir langsung menguntum senyum. Melihat anak-anak yang sibuk membantu umi, buat dia bahagia.

"Eh abang Arman dah sampailah," kata salah seorang daripada kanak-kanak itu.

Tinggalkan kerja yang sedang dilakukan, mereka pantas berlari mendapatkan Arman. Semua sedang peluk Arman.

"Abang Arman, Yusra rindu dekat abang Arman. Kenapa abang lama tak datang?" soal kanak-kanak perempuan yang bernama Yusra itu.

"Abang sibuklah, Yusra. Kalau abang tak sibuk, memang setiap hari abang akan datang sini. Temankan adik-adik abang ni," kata Arman pula.

"Abang Arman dah makan?" Budak lelaki yang masih berpakai tidur menyoal.

"Irsyad, dah mandi ke belum?" Tak menjawab soalan yang ditanya, sebaliknya Arman menyoal budak lelaki itu semula.

"Belum. Lepas sarapan Irsyad mandi. Sekarang Irsyad nak sarapan dengan abang Arman dulu,"

Arman hadiahkan senyuman. Setiap kali dia datang ke sini, bibirnya tak akan berhenti daripada tersenyum. Anak-anak yatim disini, sangat mencuit hatinya.

"Abang Arman..." suara sayu kanak-kanak perempuan memanggilnya membuatkan Arman menoleh.

Senyuman kali ni semakin lebar bila dia melihat kanak-kanak perempuan yang didukung oleh Ustaz Izhar. Siti Aminah namanya. Penghuni paling muda yang berusia 4 tahun.

Arman melangkah mendekati sebelum Aminah bertukar tangan. Kini Aminah berada dalam gendongannya.

"Rindukan abang tak?" Soal Arman.

Aminah mengangguk kecil.

"Dah makan?" Aminah menggeleng.

"Jom, kita pergi makan. Nanti abang temankan Aminah main. Boleh?"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now