BAB 3

1.7K 74 0
                                    

Arman henyakkan punggung ke sofa. Setelah sebulan dia tak dapat balik kerana perlu menyiapkan beberapa tugas. Akhirnya, dapat juga dia pulang ke rumah ibu bapanya. Rindu sungguh pada keluarga. Tapi sayangnya, mummy dan daddy dia tak ada rumah. Sibuk membantu menyiapkan majlis dirumah Aunty Bella. Petang nanti ada majlis hari jadi Nuryn Maleeqa. Anak kepada arwah Afiq dan Fara yang dijaga oleh Lydia. Isteri kedua Afiq. Sekarang dah jadi isteri Aniq, adik Afiq.

"Assalamualaikum."
Kedengaran salam diberikan membuatkan Arman berpaling ke belakang. Terlihat Puteri Amani yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh my sister dah balik," pantas Arman bangun mendapatkan kakaknya.

Amani mengurut dadanya sendiri. Terkejut bila melihat Arman. Dia ingatkan tiada sesiapa diruang ramu. Mujur dia tak kena serangan jantung.

"Kau ni dik...terkejut kakak. Bila balik?" soal Puteri Amani sebelum menyambung semula langkahnya tadi.

"Baru saja. Arman baru je nak baring dekat sofa ni, tiba-tiba kakak balik pula."
Puteri Amani mengangguk faham. Tengok muka Arman pun dia tahu Arman tengah penat. Kesian pula dia tengok Arman. Tapi waktu ni je dia kesian. Tunggu sajalah esok. Orang lain patut kesiankan dia. Dia dah boleh agak, mesti dia akan jadi mangsa buli Arman.

"Kau pergilah naik bilik. Rehat dekat dalam bilik,"

"Hmm yalah. Arman naik atas dulu," kata Arman sebelum dia bangun untuk menuju ke biliknya.

"Arman, petang nanti pergi dengan kakak ya?"

Arman memberhentikan langkahnya. Dia membalikkan tubuh menghadap Puteri Amani.

"Kakak drive?" Arman menyoal.

"Kenapa kakak pula? Armanlah yang drive,"

"Kalau macam tu kita pergi asing. Kakak pergi dengan kereta kakak. Arman pergi dengan kereta Arman,"

"Alaa bolehlah. Kakak penat nak drive. Kita pergi dengan kereta Arman,"

"Habis kakak ingat Arman tak penat ke?" soal Arman.

"Kakak bagi duit minyak. RM 50 cukup tak?"

"Cukuplah, kak. Apa yang tak cukupnya. Dekat je rumah aunty Bella tu. Nanti dalam kereta tu, kakak tidur je. Mesti kakak penatkan?"

Puteri Amani tersenyum sinis. Mudah betul dia mempergunakan adiknya. Arman tu pantang orang sebut duit. Laju saja. Tak kisah nilainya berapa. Asalkan duit. Yang malas terus jadi rajin.

Petang itu, Arman menjalan tugas sebagai pemandu kakaknya. Puteri Amani pula sudah lena disebelah. Padahal jarak dari rumahnya ke rumah Aunty Bella bukan jauh mana pun. Lebih kurang setengah jam je.

Sampai saja dirumah Aunty Bella, Arman dan Amani terus masuk ke dalam rumah. Ramai juga tetamu yang hadir. Mungkin jiran-jiran aunty Bella.

Kelibat Atiq yang sedang duduk bersama Haura menjadi sasaran matanya. Laju saja kaki di atur menuju ke arah mereka berdua. Agak lama tak bermesyuarat bersama mereka.

"Eh bigboss Arman!" Haura terlebih dahulu menyapa apabila melihat Arman yang sedang berjalan menghampiri mereka.

Arman sengih. Dia boleh nampak keterujaan Haura bila melihatnya. Haura dengan semua orang dia ramah. Anak bongsu Uncle Emir dan Aunty Hanan ni seorang memang agak lain dari adik beradiknya. Yang bongsu ni, terlebih aktif. Dan Haura sangat berbeza dengan kembarnya, Eiman.

"What's up, bro? Lama tak balik sini. Sibuk sangat ke?" Atiq menyoal. Arman labuhkan punggungnya disebelah Atiq.

"Ya, sibuk sangat. Hujung semester macam ni, semua pensyarah berkejaran nak bagi assignment. Suka bagi last minute,"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now