BAB 28

1K 53 3
                                    

Hari yang dinantikan oleh Shafiyah. Hari perasmian pembukaan butik miliknya dan Emylia. Majlis kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh keluarganya dan keluarga Emylia serta rakan-rakan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Melihat Shafiyah yang duduk sendirian, Emylia mula menghampiri.

"Babe, I miss you so much. Macam mana kahwin? Okay?"

Shafiyah senyum tidak ikhlas. Dari tadi dia tiba disini, baru sekarang Emylia datang berjumpa dengannya. Tadi sibuk melayan kawan lelakinya. Sudahlah hari perkahwinan dia pun tak datang. Balik dari Bali pun tak ada tanya khabar tentang dia. Dan Emylia langsung tak ada rasa serba salah.

"So far...okay je," jawab Shafiyah. Air dihadapannya diteguk sedikit. Masih mengawal rasa marah dihati dengan sikap Emylia.

"By the way, mana suami kau? Aku tak nampak pun," soal Emylia. Matanya pula meliar mencari kelibat suami kawannya itu.

"Ada tadi. Dia ke tandas kut. Kau yang tak tengok dia. Yalah, kau sibuk melayan boyfriend-boyfriend kau tu. Mana nak perasan aku duduk sini dengam suami aku," perli Shafiyah. 

Emylia tayang wajah tidak puas hati. Terasa dengan perlian Shafiyah.

Ketika itu, Arman kembali daripada tandas. Punggung pula dilabuhkan disebelah Shafiyah. Shafiyah menghadiahkan senyuman pada Arman.

"Siapa?" soal Arman pada Shafiyah. Sepanjang dia dimajlis ini, dia hanya mengekori Shafiyah. Dia tak kenal sesiapa dimajlis ini.

"I Emylia. Kawan Sha." Emylia menghulurkan tangan pada Arman. Nak bersalaman dengaan Arman. Namun Arman buat tak tahu. 

Bibir Arman didekatkan ke telinga Shafiyah. Ingin membisikkan sesuatu.

"Kalau ya pun kau nak berkawan, carilah yang lawa sikit. Biar setaraf dengan kau," bisik Arman.

Shafiyah kerutkan kening. Tak mengerti apa maksud Arman.

"Maksud awak?" Shafiyah menyoal semula.

"Aku cakap, kau cantik. Tak sesuai berkawan dengan perempuan yang bajunya digigit anjing,"

"Hah? Apa yang awak mengarut ni?" Shafiyah menyoal perlahan. Masih tak faham dengan apa yang dikatakan oleh Arman. Kenapa dia blur sangat ni?

"Cuba kau tengok kawan kau. Baju dia macam baru lepas digigit anjing. Tak cukup kain. Rabak habis," jelas Arman.

Shafiyah pandang Emylia sekilas sebelum ketawa kecil. Terfikir pula diakal fikiran Arman. Boleh dia samakan dress singkat yang dipakai oleh Emylia itu dengan baju yang digigit anjing?

"Nak makan apa-apa tak? Aku ambilkan?" soal Arman. Sebenarnya dia mahu memberi ruang untuk Shafiyah dan Emylia bercakap. 

"Tak apalah. Nanti saya pergi ambil sendiri,"

Arman mengangguk kemudian meninggalkan mereka berdua.

Emylia sekadar memerhati pemergian Arman sebelum anak matanya bertemu dengan anak mata Shafiyah.

"Handsome juga suami kau," ujar Emylia mencetuskan rasa kurang selesa pada diri Shafiyah. Bukan Shafiyah tak kenal perangai Emylia yang suka mencari mangsa. Janganlah pula Emylia tu berkenan dengan Arman.

"Alhamdulillah. Dia ada rupa," jawab Shafiyah. Sedaya upaya mengawal riak wajah.

"Tapi sayanglah, dia bukan level kita. Bukan anak datuk. Aku pun tak pasti dekat mana kau kutip dia untuk buat suami. Tapi tak apalah. Kau bukan guna dia lama pun kan? Orang macam dia, memang sesuai dijadikan mainan je." Emylia berkata sambil ketawa.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now