BAB 51

1.2K 63 1
                                    

Shafiyah duduk termenung sambil memandang pokok bunga rose yang mula tumbuh segar di taman mini rumahnya. Hasil titik peluh Arman menjaganya. Kebun sayur dibelakang rumah pun mula menampakkan hasil. Shafiyah ukir senyuman nipis. Tak sabar nak tengok pokok bunga rose itu berbunga. Mesti cantik.

Arman memerhati Shafiyah dari kejauhan. Baru hari ni Shafiyah keluar dari rumah walaupun hanya duduk ditaman mini. Kalau tak, asyik berkurung je dalam bilik. Arman tahu, Shafiyah masih memikirkan apa yang dikatakan oleh mummynya minggu lalu.

Sarung selipar, Arman atur langkah menghampiri isteri. Punggung dilabuhkan disebelah Shafiyah.

"Sha buat apa dekat sini? Termenung je dari tadi,"

"Saja nak ambil angin luar. Kalau saya terperap je dalam bilik tu, awak membebel pula."

"Bukan membebel. Arman cuma taknak Sha fikirkan sangat tentang mummy tu."

"Macam mana saya tak fikir? Mummy dah bencikan saya. Saya takut hubungan kita tak berkat kalau mummy tak restu,"

"Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita, Sha. Arman bukan taknak pujuk mummy untuk percayakan kita. Cuma Arman lebih tahu perangai mummy tu macam mana. Selagi kita tak dapat membuktikan yang Sha tak salah, mummy takkan ubah pendirian dia. Dia takkan maafkan Sha. Sekarang, Arman perlu cari Azim. Arman nak dia jelaskan pada semua orang yang Sha dan Faez tak salah," 

"Tapi tak salah pun kalau kita nak mencuba. Manalah tahu hati mummy jadi lembut. Lepas tu mummy akan maafkan saya,"

"Sha...percayalah cakap Arman. Mummy takkan terima Sha buat masa sekarang. Kita sabar dulu. Biar Arman cari Azim dulu,"

"Awak nak cari dia dekat mana lagi? Dua minggu dah berlalu, tapi awak tetap tak jumpa dia. Saya tak boleh tunggu, Arman. Makin lama, mummy akan bencikan saya."

"Biarlah mummy nak benci Sha ke apa. Itu semua tak penting. Yang penting Arman sayangkan Sha. Kita tak perlukan mummy untuk bahagia,"

"Arman, dia tu mummy awak. Kenapa awak cakap macam tu?"

"Dan Arman suami Sha. Tak boleh ke kalau Sha dengar cakap Arman? Tak payah pedulikan tentang mummy buat masa sekarang."

"Awak tak faham perasaan saya, Arman. Saya takkan tenang kalau ada orang yang membenci saya. Dan orang tu adalah ibu mertua saya sendiri. Awak happy ke kalau mummy bencikan saya?" suara Shafiyah naik seoktaf. Rasa bengang bila Arman tidak mengerti akan perasaannya.

"Arman tak maksudkan macam tu,"

"Sudahlah, Arman. Awak memang tak pernah nak faham perasaan saya." Shafiyah bangkit dari duduknya lalu masuk ke dalam rumah.

Arman hanya memandang Shafiyah yang berlalu pergi. Satu keluhan kecil dia lepaskan. Shafiyah langsung tak mahu dengar apa yang dikatakan olehnya.

"Arman! Bukalah pintu pagar ni. Panas ni,"

Mata Arman meliar mencari suara itu. Agak terkejut apabila dia melihat dua orang kakaknya sedang berdiri didepan pintu pagar. Sejak bila mereka datang?

Segera Arman berlari untuk membuka pintu pagar. Saat pintu pagar dibuka, barulah dia nampak yang daddynya juga datang bersama. Tapi dia tak nampak pula kelibat mummynya.

"Mummy tak datang," ujar Puteri Akish. Dia tahu bahawa adiknya itu sedang mencari ibu mereka.

Arman mengangguk faham. Mummy masih marah. Jadi tak mungkin dia akan datang ke rumahnya.

"Jemputlah masuk." Arman pelawa masuk ke rumahnya. Dia mencari kelibat Shafiyah di ruang tamu. Tak ada pula. Mungkin ada dalam bilik.

"Shafiyah mana?" Dan-dan pula Tuan Hafiz bertanya.

CINTA UNTUK KANDAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt