BAB 5

1.3K 66 1
                                    

Arman membuka sebelah matanya sebelum menutup semula. Kenapalah berat sangat mata dia nak buka ni? Mesti gara-gara tidur lambat semalam. Rasa kantuk pun masih tersisa. Mahu saja dia menyambung semula tidurnya. Tapi dia perlu ke kelas.

Arman buka semula matanya. Kening pula dikerutkan. Kenapa cerah semacam je bilik dia ni? Matahari terbit awal ke hari ni? Capai telefon, skrin telefon dinyalakan. Kelip-kelip matanya memandang skrin telefon. Dia tak salah tengok waktukan?

Pang!

Arman tampar wajah sendiri. Dia tak mimpi?! Jadi memang betul dia dah lewat. Kelas mula pukul 9. Tapi sekarang dah pukul 9 dan dia pula masih di atas katil? Baru saja nak bangun dari katil, Arman terpijak tubuh manusia. Terlihat Azim dan Faez sedang tidur di atas lantai. Semalam mereka bertiga menyiapkan assignmemt bersama.

"Man, kenapa kau pijak aku? Sakitlah gila!" marah Azim. Dia tengah syok bermimpi tadi.

"Tak kisahlah, Zim. Yang penting kita dah lambat. Sekarang dah pukul 9! Cepatlah bangun mandi,"

Terus luas mata Azim. Pukul 9?? Mak aih! Mereka bertiga memang dah lambat tu.

"Faez, bangun! Kita dah lambat weh. Bangun cepat!" Azim mengejutkan Faez yang masih lena.

Dengan mamainya Faez bangun melihat dua sahabatnya yang tengah kalut menuju ke bilik mandi. Faez garu kepala. Kenapa?

"Kita dah mati ke?" soalan tak masuk akal juga yang ditanya Faez.

Tak jadi Azim nak melangkah ke bilik mandi. Sebaliknya dia mendekati Faez yang masih separa sedar.

Pap!

Pipi Faez ditampar lembut. Luas mata Faez terbuka akibat terkejut menerima tamparan itu.

"Alhamdulillah, hidup lagi. Terima kasih, Zim."

"Cepatlah bangun. Nanti Madam mengamuk pula,"

Faez mengangguk laju sebelum dia bangun dan mencapai tuala di penyangkut.


DENGAN KELAJUAN paling tinggi mereka bertiga berlari. Nak kejar masa punya pasal.

"Cepat weh. Nanti Madam Tasbih marah," kata Arman sambil berlari.

Azim kerutkan kening. Ada ke pensyarah mereka nama Tasbih? Bukan ke nama Tasnim? Ah lantaklah. Yang penting mereka sampai ke dewan kuliah.

Tarik saja pintu dewan kuliah, semua mata tertuju pada mereka bertiga. Termasuk pensyarah yang sedang mengajar. Meraka bertiga tersengih macam kerang busuk. Buat muka tak bersalah sambil perlahan melangkah masuk ke dewan.

"Lambat lagi kali ni?" soal pensyarah wanita itu sambil bercekak pinggang. Dia dah biasa dengan perangai mereka bertiga.

"Maaf, madam." Arman tunduk memandang lantai. Sedar akan kesalahannya untuk kali ni.

"Alasan apa kau orang bertiga nak bagi hari ni?" soal pensyarah itu lagi.

"Saya akan jujur dengan madam. Saya bangun lambat sebab semalam buat assignment," jawab Arman.

"Kamu berdua pula?" Pensyarah itu menyoal Azim dam Faez pula.

"Sa...sama, madam. Siapkan assignment. Tidur lambat. Bangun lambat. Datang lewat ke kelas. Happy ending," jawab Faez pula.

Pensyarah itu menggelengkan kepala. Dia dah masak betul dengan perangai mereka bertiga. Bukan kali pertama mereka lambat. Sampaikan dia sendiri pun dah tak tahu nak bagi hukuman apa.

"Arman," pensyarah itu menyeru nama Arman.

"Ya, madam?"

"Cuba sebut nama saya,"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now