BAB 44

1.2K 54 4
                                    

Pulang dari bercuti, kelasnya terus berlangsung. Penat pun tak hilang kerana dia tak sempat nak rehat. Dia pula harus siapkan thesis yang perlu dihantar sebelum study week bermula. Nampak gaya dia memang kena pulun habis-habisan.

"Man, thesis tu aku dah siapkan bahagian aku. Tinggal lagi dekat rumusan kajian dan rujukan. Kau buat bahagian tu boleh?" pinta Faez.

"Boleh. Kau pun dah banyak tolong siapkan. Maklumlah aku banyak menghilangkan diri. Sorry, Faez."

"It's okay. Aku faham kau dah ada isteri sekarang ni. Kalau menghilang tu maknanya tengah spent time dengan isterilah," kata Faez yang mencetuskan tawa Arman. Nampak sangat dia sedang bahagia bila Faez sebut tentang isteri.

"Bila aku tengok Arman bahagia dengan isteri dia, buatkan aku pun rasa nak kahwin. Mesti seronokkan, Man? Buat assignment ada isteri teman. Makan dan minum pun isteri yang sediakan." Azim yang tadi hanya fokus pada telefonnya kini mula menyampuk.

"Kahwinlah juga." Arman menyuruh. Dia fikir kahwin tu semudah ABC ke apa?

"Kalau ada calon, aku dah kahwin. Yang menjadi masalah sekarang ni, tak ada calon. Kau tak ada kawan perempuan yang single ke, Man? Kawan isteri kau ke? Nanti kita boleh double date,"

"Kepala otak kau double date! Taknaklah aku,"

Azim juihkan bibir. Sampai hati Arman menolak cadangannya. Best apa kalau double date? Mesti comel.

"Arman..."

Arman segera menoleh saat namanya diseru. Saat dia melihat siapakah pemilik suara itu, wajahnya terus berubah.

"Kau nak apa?" Arman menyoal dingin. Langsung tak berminat nak melayan gerangan itu.

"I nak cakap sesuatu dengan you," ujar Angeline.

"Lama kau menghilang. Kau pergi mana?" soal Arman.

"You rindukan I?"

Arman tersenyum sinis. Hampir saja dia ketawa dengan pertanyaan itu. Kelakar betul.

"Aku rindu kau? Mestilah tak! Perasanlah kau ni." Arman berkata sinis. Sekali gus membuatkan Angeline terdiam.

"I dengar you kahwin. Betul ke?" soal Angeline membuatkan Arman terkedu. Macam mana Angeline tahu yang dia dah kahwin?

"Macam mana kau tahu aku dah kahwin?" Arman menyoal semula. Wajahnya kelihatan sungguh tegang. Dia tak suka ada orang lain yang mengetahui status perkahwinannya.

"Err Arman, aku minta maaf. Aku yang cakap dekat Angel yang kau dah kahwin." Faez mengaku salahnya. Tapi dia bukan sengaja.

"Kenapa kau bagitahu dia? Bukan ke aku ada pesan supaya jangan beritahu sesiapa?" tanya Arman dingin. Rasa marahnya mula meningkat. Sakit hati bila orang yang dia percaya telah membocorkan rahsianya.

"Aku tak sengaja. Masa kau tak datang kelas minggu lepas, Angel tak habis-habis cari kau. Aku cuma taknak dia ganggu kau lagi. Jadi aku bagitahu dia yang kau dah kahwin. Aku ingatkan, dia takkan ganggu kau lagi. Rupanya sama je. Aku minta maaf, Arman."

"Betul tu, Man. Faez tak menipu. Aku ada dengan Faez waktu tu. Perempuan ni tak habis-habis cari kau. Tindakan Faez tu betul. Yang tak betul, perempuan ni. Asyik nak ganggu kau je,"

Arman menghela nafas perlahan. Ada betulnya juga kata Azim. Faez tak salah. Yang salah tu Angeline. Kalau dah tahu dia sudah berkahwin, tak payah ganggu dia lagi. Tapi tetap juga datang mencarinya.

"Kau dah tahu yang aku dah kahwin. Jadi kau nak apa lagi daripada aku?"

"I nak you," jawab Angeline tanpa segan silu.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now