BAB 8

1.1K 53 2
                                    

Bunyi jam penggera menandakan dia harus bangun dari tidur. Dengan kantuk yang masih tersisa, Shafiyah gagahkan diri untuk bangun. Capai tuala dipenyangkut, terus berjalan menuju ke bilik air.

Usai mandi dan solat subuh, Shafiyah turun ke dapur untuk membantu Kak Munah menyediakan sarapan. Tapi bukan membantu sangat pun. Dia cuma duduk sambil melihat Kak Munah menyediakan segala-segalanya. Dia tak pernah nak ambil tahu tentang cara-cara untuk memasak. Silap hari bulan, bawang pun dia tak kenal.

"Awal Sha turun hari ni. Mimpi apa semalam?" Soal Datin Sofea apabila dia melihat anaknya sudah terpacak didapur. Jarang pula dia nak nampak Shafiyah ada di dapur diawal waktu macam ni. Biasanya, orang dah nak siap sarapan barulah anak daranya tu turun makan.

"Mama ni, Sha turun awal pun salah ke? Selalunya mama bebelkan Sha kalau turun lambat. Semua Sha buat tak kena," bibir dimuncungkan. Tanda dia merajuk.

"Mama tak cakap salah pun. Cuma hairan. Ke ada sesuatu yang kamu nak ni?" Soal Datin Sofea.

Shafiyah sudah tersenyum-senyum malu. Mama dah faham sangat dengan perangai dia. Buat baik tapi ada makna lain.

"Sha ingat Sha tak nak pergi office hari ni. Boleh tak mama bantu Sha pujuk papa supaya izinkan Sha cuti. Boleh ya, mama?"

Datin Sofea menggeleng perlahan. Bertuah punya anak. Dari kecil hingga ke besar buat perangai macam tu.

"Mama tak janji boleh pujuk ke tidak papa kamu tu. Tapi kenapa kamu taknak masuk office?"

"Sha nak keluar dengan Emylia. Ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan dia."

"Bincang apa?" Soal Datin Sofea.

"Rahsia. Nanti Sha bagitahu mama. Tapi bukan sekarang,"

Datin Sofea sekadar menggeleng perlahan. Apa pula rancangan si Shafiyah tu. Nak berahsia bagai dengan dia.

Saat dimeja makan, Shafiyah hanya menyuapkan makanan tanpa memandang papanya. Berdebar pula nak bagitahu papanya.

"Kenapa Sha tak bersiap untuk ke office? Sha cuti ke hari ni?" Datuk Huzair terlebih dahulu menyoal apabila melihat Shafiyah yang masih mengenakan baju tshirt lengan panjang.

"Errr Sha...Sha tak nak masuk office hari ni. Boleh tak, pa?"

"Kenapa?"

"Sha nak keluar dengan kawan Sha. Boleh tak, pa?"

"Siapa? Emylia?" Shafiyah mengangguk laju.

Harapnya kalau sebut nama Emylia, papa akan setuju. Papa tahu yang Emylia seorang je kawan yang dia ada.

"Disebabkan perempuan Sha tak nak pergi office? Sanggup lupakan tanggungjawab Sha pada kerja?" Soal Datuk Huzair dingin.

"Apa maksud papa? Sha bukan macam tu. Sha cuma..."

"Cuma apa Sha? Papa tengok makin lama Sha berkawan dengan Emylia, makin teruk perangai Sha. Sha dah banyak terpengaruh dengan perangai dia. Papa harap lepas ni Sha tak payahlah berkawan dengan dia lagi.

"Papa! Sampai hati, papa. Emylia tu satu-satunya kawan yang Sha ada. Dia yang selalu ada dengan Sha. Tak mungkin Sha nak lupakan apa yang dia berkorban untuk Sha,"

"Ikhlas ke kebaikan yang dia buat pada Sha? Bukan dia berkawan dengan Sha hanya kerana Sha anak orang kaya? Jangan ingat papa tak kenal Emylia tu siapa,"

"Emylia tu kawan Sha! Kawan baik Sha. Papa tak ada hak nak halang Sha untuk berkawan dia. Cukuplah papa dah musnahkan kerjaya Sha dengan paksa Sha untuk kerja dengan papa. Sha dah tak nak dengar cakap papa lagi," marah Shafiyah. Entah apa yang merasuki dia sehingga dia menjadi begitu berani nak melawan papanya.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now