BAB 46

1K 49 9
                                    

Seperti yang telah dijanjikan oleh Arman sebelum ni, dia akan membawa Shafiyah bercuti di Port Dickson bersama kawan-kawannya. Kalau ikutkan, itu cuma plan daripada Faez dan Azim. Tapi dia yang tak sampai hati nak tinggalkan Shafiyah seorang diri dekat rumah. Lagi pula, dia suka tengok Shafiyah gembira. Kebahagiaan Shafiyah adalah segala-galanya bagi dia. Bibir tersenyum lebar saat melihat Shafiyah sedang bermain di tepi pantai. Macam budak-budak je. Tapi comel.

"Arman! Sinilah," panggil Shafiyah sambil melompat-lompat. Arman gelengkan kepala sambil tersenyum sebelum dia menghampiri Shafiyah.

"Kenapa panggil Arman?" Arman menyoal. Pasti Shafiyah akan mengajaknya untuk bermain air. 

"Jomlah main air dengan saya," dugaannya tepat sekali. Shafiyah memang akan ajak dia main air.

"Arman teman je. Arman takut baju ni basah nanti,"

Shafiyah mengangguk laju. Bajunya pun dah separuh basah sebab terkena air.

"Arman..."

"Ya, saya? Ada apa?"

Shafiyah tersenyum mendengar sahutan daripada suaminya itu.

"Awak sayangkan saya?" tanya Shafiyah. Sengaja dia bertanya walaupun dia tahu apa jawapan yang Arman akan berikan.

"Selain sayang, Arman turut cintakan Sha," jawab Arman membuat Shafiyah tersenyum bahagia.

"Bila kali pertama awak jatuh cinta pada saya?" Shafiyah bertanya lagi.

"Kena bagitahu ke?" Arman bertanya semula. Dia malu sebenarnya nak mengaku.

"Kenalah! Kalau awak tak cakap, saya merajuk,"

"Yalah, Arman bagitahu sambil kita jalan-jalan."

Shafiyah anggukkan kepala sebelum meraih tangan Arman. Mereka mula berjalan ditepian pantai itu.

"Sebenarnya, Arman tak tahu bila masa Arman jatuh cinta pada Sha. Yang Arman tahu, Arman dah jatuh cinta pada Sha sebelum kita kahwin lagi,"

"Eh? Maksudnya, awak yang jatuh cinta dulu? Bukan saya?"

"Hmm maybe?" Arman jongketkan bahunya.

"Tapi kenapa selama ni awak tak mengaku yang awak cintakan saya? Penat tahu tak saya goda awak supaya awak jatuh cinta pada saya."

Arman ketawa kecil. Lucu bila dia ingat kembali momen Shafiyah menggodanya.

"Arman suka bila Sha menggedik dengan Arman. Comel sangat. Rasa nak cubit je Sha macam ni," pipi Shafiyah dicubit lembut.

"Sakitlah, Arman." Bibir Shafiyah memuncung panjang. Boleh tahan sakit juga Arman tarik pipi dia.

"Siapa suruh Sha comel sangat?" 

Shafiyah ketawa kecil. Suka sangat Arman memujinya. Dulu bukan main payah lagi Arman nak puji dia.

Kemesraan mereka berdua diperhatikan oleh dua pasang dari kejauhan.

"Sweet betul kawan kita tu," ujar Faez sambil tersenyum. Seronok sungguh dia melihat Arman yang sedang bahagia.

Azim tersenyum sinis melihat pasangan itu. Matanya tak lepas dari memandang Arman dan Shafiyah.

"Biarlah dia. Biar dia enjoy dulu puas-puas. Lepas ni dah tak ada kebahagiaan yang macam tu lagi,"

Faez segera menoleh ke arah Azim disebelah. Kerutan yang dipamerkan didahi jelas menunjukkan bahawa dia tidak mengerti dengan apa yang baru dikatakan oleh Azim.

"Kenapa kau cakap macam tu? Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?"

Azim mengalihkan pandangan ke arah Faez pula. Senyumannya makin sinis.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now