BAB 25

1.3K 51 1
                                    

Bunyi jam penggera dari telefon bimbit membuatkan Arman terjaga. Mata yang terasa berat dibuka perlahan. Tempat tidur disebelah sudah kosong. Lampu meja turut menyala. Bermakna Shafiyah sudah bangun lebih awal daripadanya.

Toleh saja ke kiri, Arman menjerit. Hampir gugur jantungnya bila melihat Shafiyah sudah siap memakai telekung berwarna putih sedang berdiri disebelahnya. Macam mana dia boleh tak perasan?

"Kau ni, buat terkejut orang je pagi-pagi macam ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau," marah Arman. Sumpah dia terkejut.

"Sorry. Saya tak tahu awak nak terkejut. By the way, good morning Armanku. Macam mana tidur semalam? Lena tak? Best tak tidur ada orang teman semalam?" Banyak pula soalan yang diajukan oleh Shafiyah. Bukan main lebar Shafiyah tersenyum padanya.

Arman kerutkan kening. Hairan dengan isterinya. Shafiyah dah tak merajuk dengan dia ke? Tak marahkan dia lagi ke?

"Kau dah tak marahkan aku ke?" soal Arman. Shafiyah jongketkan kening.

"Marah? Kenapa saya nak marahkan awak? Awak ada buat salah ke?"

"Semalam tu, bukan kau marahkan aku ke? Merajuk sampai keluar dari balik. Pukul 10.30 barulah kau masuk bilik ni semula,"

"Tak, saya tak merajuk pun sebenarnya. Tapi saya saja nak menghukum awak sikit. Siapa suruh awak gelakkan saya? Awak tuduh saya pula tu. Benci tahu tak?"

"Aku bergurau je. Biasalah suami nak bergurau dengan isteri. Takkan itu pun tak boleh?"

"Yalah, saya minta maaf. Tapi lain kali awak jangan buat lagi,"

"Okay, aku tak janji."

"Arman!" bibir memuncung panjang dengan kening yang bertaut. Nak je dia pukul Arman kuat-kuat.

Arman ketawa kecil sebelum dia turun dari katil. Capai tuala kemudian bergerak ke bilik air. Namun, kakinya berhenti melangkah saat tiba di depan pintu bilik air itu.

"Kau tak ada tinggalkan tempurung kuning kau dekat bilik airkan?" Arman menyoal membuatkan wajah Shafiyah bertukar merah padma. Malu bila teringatkan kejadian semalam.

"Awak masuk jelah bilik air tu. Saya dah check dah. Tak ada yang tertinggal pun,"

Arman mengangguk sambil tersenyum. Kemudian dia terus melangkah ke dalam bilik air. Shafiyah pula sudah menekup mukanya dengan telekung. Arhhh malunya!!!





"MACAM mana selepas dah jadi suami isteri ni? Okay tak?" soal Datuk Huzair.

"Okay je, pa."

"Semalam kenapa menyorok dalam bilik Kak Munah? Tinggalkan suami. Kesian Arman,"

Shafiyah pandang Arman disebelah sambil tersengih. Tak tahu pula Arman ada cari dia. Ingatkan Arman tunggu je dekat bilik tu. Arman sekadar tersenyum. Tak menyampuk perbualan antara isteri dan bapa mertuanya.

"Sha, Arman...papa ada sesuatu nak hadiahkan pada kamu berdua. Hadiah sempena perkahwinan kamu berdua," ujar Datuk Huzair.

"Hadiah apa, pa?" soal Shafiyah.

Datuk Huzair tersenyum sebelum menyerahkan satu kunci kepada Shafiyah.

"Kunci apa ni?"

"Kunci rumah. Papa nak hadiahkan rumah buat Arman dan Sha. Lokasi rumah tu tak jauh dari tempat Arman belajar dan tak jauh juga dari butik Sha tu. Lepas ni, Arman tak payahlah tinggal dirumah sewa lagi."

"Susahkan papa je hadiahkan rumah pada kami. Arman boleh je ulang alik dari rumah ni," kata Arman.

"Papa nak halau Sha ke apa ni?" Shafiyah pula menyoal. Dia baru je kahwin. Papa pula dah bagi rumah lain untuk dia dan Arman. Habis rumah papa yang besar ni, siapa yang nak duduk?

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now