BAB 35

1.1K 59 0
                                    

Arman berjalan dua langkah dibelakang Faez dan Azim. Dua orang rakannya itu sedang berborak sambil berjalan. Dia tak mahu ikut campur. Sebab itulah dia berjalan dibelakang. Takut mengganggu perbualan mereka.

Faez dan Azim terlebih dahulu masuk ke dewan kuliah. Seperti biasa, tempat duduk belakang yang menjadi pilihan mereka. Setelah melabuhkan punggung, Azim melihat tempat duduk disebelah Faez masih kosong. Aik? Arman tak ada?

"Mana Arman?" Mata Azim meliar mencari Arman.

"Eh Arman tak ada?" Faez turut mencari Arman yang menghilang.

Kepala Azim ligat berfikir baju yang dipakai oleh Arman.

"Baju kemeja kotak-kotak...slack hitam..."

"Tu dekat depan!"

Kedengaran suara Faez membuatkan Azim turut sama memandang. Agak terkejut bila Arman mengambil tempat untuk duduk dibarisan paling hadapan. Sejak bila pula suka duduk depan?

"Arman kena rasuk ke apa? Tak pernah pula dia duduk dekat depan. Dialah orang yang paling tak suka duduk dekat depan." Azim berkata. Sampai berkerut keningnya memikirkan perubahan sikap Arman.

"Aku nak join Arman." Faez bangun lalu berpindah ke tempat duduk disebelah Arman.

Arman mengabaikan kedatangan Faez disebelahnya. Sementara menunggu pensyarah, dia buka buku mengenai tajuk yang akan dipelajari hari ni.

Kali ni Faez pula yang pelik dengan sikap Arman. Sepanjang dia kenal Arman, tak pernah sekalipun Arman buka buku sebelum mula belajar.

"Apa hal kau tinggalkan aku seorang diri dekat belakang?" marah Azim. Bahu Faez sempat dipukul perlahan sebelum dia melabuhkan duduk disebelah kanan Arman.

"Aku datang nak soal siasat Arman ni,"

"Kau nak siasat apa, Faez?" soal Arman. Matanya masih fokus pada buku di atas meja itu. Membaca dengan teliti setiap isi yang terkandung dalam buku itu.

"Kenapa kau duduk depan? Bukan ke kau tak suka?" soal Faez.

Faez disebelah Arman pandang sekilas. Apa yang dia perlu jawab? Takkan nak bagitahu punca dia berpindah ke tempat duduk hadapan adalah disebabkan Shafiyah? Semalam, Shafiyah tak habis-habis menyoalnya tentang apa yang dipelajarinya. Selama ni, manalah dia fokus pada pensyarah yang mengajar. Selagi tak ada exam, dia takkan ambil tahu tentang pelajarannya. Dia jenis suka buat kerja last minute. Sebab itulah dia duduk didepan. Supaya lebih fokus.

"Saja. Tukar angin." Arman menjawab malas.

"Tipulah. Mesti ada sesuatu ni. Kalau tidak, takkan kau berubah drastik macam ni."

"Apa yang berubah? Aku sama je macam dulu,"

Faez dan Azim saling berpandangan. Macam ada yang tak kena je. Arman ada masalah ke?

"Kau okay ke, Arman?" soal Azim. Jelas bahawa dia risaukan Arman.

Terjongket kening Arman bila Azim bertanyakan soalan itu. Dia nampak tak okay ke?

"Aku okaylah. Kau orang berdua ni kenapa?"

Arman pula yang risaukan rakannya itu. Macam-macam soalan yang mereka berdua ajukan pada Arman. Buang tabiat ke apa?

"Mimpi apa semalam? Tiba-tiba saja kau orang bertiga duduk depan," Tegur professor yang mengajar mereka. Entah bila pensyarahnya  masuk ke kelas pun tak pasti.

"Saja, prof. Tukar angin," jawab Faez. Curi sajalah jawapan Arman tadi.

Arman menjeling kawannya itu. Ah! Kiri kanan dia dihimpit oleh Azim dan Faez. Rimaslah pula.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now