BAB 43

1.2K 57 2
                                    

Shafiyah merupakan orang yang paling teruja saat tiba di resort. Bukanlah dia tak pernah bercuti. Cuma kali ni suasana agak berbeza. Ahli keluarga kawan-kawan mertuanya terlalu ramai. Selalunya, dia bercuti dengan mama dan papa saja.

"Sha, ingat pesan Arman tadi. Please...behave." perkataan behave itu sengaja Arman tekankan.

"Awak ingat saya budak-budak ke?" Shafiyah menyoal sebelum dia menghadiahkan satu jelingan. Suka sangat Arman berpesan macam tu. Teruk sangat ke perangai kebudak-budakan dia tu?

"Dah memang perangai kau macam tu, Sha." Arman mengumam perlahan. Kalau dia cakap kuat-kuat, nanti Shafiyah merajuk pula. Shafiyah tu, kuat sangat merajuk sekarang ni. Dia perasaan sejak kejadian yang dia mengaku tentang perasaannya itu, Shafiyah lebih mengada-ngada. Suka bermanja, suka merajuk, terlebih gedik. Tak faham betullah dia dengan Shafiyah itu.

"Arman, ini kunci bilik kamu." Tengku Fahrin menyerahkan kunci itu kepada Arman.

"Terima kasih, uncle." Arman mengambil kunci itu dari tangan Tengku Fahrin.  Kemudian, bilik untuk dia dan Shafiyah pula dituju. Mahu meletakkan barang dan beg pakaian.

Sampai saja dibilik, Arman terus rebahkan tubuh ke katil. Sedikit penat walaupun perjalanan tadi tidaklah jauh. Mungkin kerana dia tak cukup tidur.

"Arman my love..."

Mata yang masih terbuka luas itu segera Arman pejam. Mahu berpura-pura tidur.

"Arman, saya tahu awak tak tidur." Shafiyah yang sedang membuka bagasi terus bangun sambil bercekak pinggang.

Arman membuka semula matanya. Kantoilah pula.

"Apa?"

"Tadikan...saya nampak ada kolam. Kalau saya nak mandi dekat kolam tu boleh tak?" pinta Shafiyah. 

"Tak boleh," tegas Arman memberi jawapan.

"Kenapa?"

"Dekat situ ada ramai lelaki. Arman tak suka isteri Arman jadi perhatian lelaki lain. Lagi pun, baju Sha mesti melekat dekat tubuh bila keluar dari kolam tu. Lagilah lelaki dekat situ suka tengok badan Sha."

"Mana ada ramai. Kita bukannya datang sini waktu public holiday. So, tak ramai orang pun,"

"Arman dah larang Sha. Kalau Sha tetap nak buat, Sha buatlah. Dosa tanggung sendiri. Jangan pula Sha heret Arman masuk neraka kata Arman tak tegur,"

"Yalah, yalah. Sha tak pergi. Tapi Sha bosanlah petang ni. Mummy kata, malam ni barulah kita berkumpul untuk barbeque. Petang ni, aktiviti bebas. Ermm kalau Arman teman Sha boleh?"

"Teman? pergi mana pula?"

"Jalan-jalan dekat sinilah. Cuci mata sambil tengok lelaki kacak yang ada dekat sini," sengaja Shafiyah memancing emosi Arman. Dia suka tengok Arman cemburu.

"Arman atau lelaki tu yang lebih kacak?" soal Arman dengan nada yang sedikit bengang. Jelas bahawa hatinya sedang cemburu. 

"Tak tahu lagi. Sebab tu saya ajak Arman cuci mata. Nanti boleh bandingkan siapa lebih kacak," kata Shafiyah lagi. Langsung tak gentar dengan renungan tajam yang dipaparkan oleh Arman.

"Sha pergilah sendiri. Arman malas keluar," ujar Arman lalu dia pusingkan tubuh membelakangi Shafiyah.

Shafiyah tersenyum kemudian dia labuhkan duduk dibirai katil. Tangan mula merayap nakal ke belakang tubuh Arman.

"Awak merajuk ke?"

Arman tepis tangan Shafiyah. Matanya dipejam semula. Masih dalam mood merajuk.

"My lovely kanda, saya gurau je. Saya saja nak tengok awak sayangkan saya ke tidak. Saya suka tengok awak cemburu. Tapi awak janganlah merajuk dengan saya."

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now