BAB 11

1K 47 0
                                    

Rutin bila semester bermula, dia pun jadi rajin ke masjid. Bila dia balik ke rumah ibu bapanya. Terus jadi malas. Syaitan apalah yang ada dirumah ibu bapa dia tu. Punyalah berat kaki nak melangkah masjid. Padahal jarak ke masjid bukan jauh sangat pun.

Ketika itu matanya menangkap figura yang sedang melangkah menaiki anak tangga. Pantas Arman melangkah menghampiri.

"Assalamualaikum uncle." Arman terlebih dahulu menyapa.

Bibir Datuk Huzair tersenyum manis. Lama dia tak bertemu mata dengan Arman. Kali terakhir dia jumpa Arman ketika mesyuarat di Kuala Lumpur tempoh hari.

"Waalaikumussalam. Kamu sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Uncle sihat?" Arman menyoal Datuk Huzair pula.

"Alhamdulillah sihat. Macam mana cuti hari tu? Ada pergi holiday mana-mana tak?"

"Tak adalah. Arman duduk rumah je uncle. Pusing-pusing bandar je. Tak ada plan nak bercuti,"

"Tak seronoklah macam tu. Sepatutnya cuti macam tu kamu pergi healing. Bila dah mula belajar ni mesti stress," ujar Datuk Huzair sambil ketawa kecil.

"Dekat rumah pun dah healing, uncle."

Datuk Huzair ketawa kecil.

"Marilah kita masuk. Dah nak azan ni,"

Arman mengangguk sambil tersenyum sebelum dia mengikuti langkah Datuk Huzair. Baru dia nak buka cerita tentang aktiviti dia sepanjang cuti semester lalu. Walaupun dia hanya duduk dirumah, tapi dia puas hati dapat membuli kakak-kakaknya.

Usai menunaikan solat isyak, Arman terlebih dahulu melangkah keluar dari masjid. Dari tadi dia tahan nak membuang air kecil. Setelah selesai, Arman berjalan menuju ke parking kereta.

Langkah kakinya mula perlahan apabila dia melihat seorang jemaah perempuan sedang berdiri depan kereta Axianya. Saat perempuan itu berpaling, barulah Arman menyambung semula langkahnya.

"Kau buat apa dekat depan kereta aku ni?" soal Arman pada gadis itu.

"Saya tunggu awaklah," jawab Shafiyah.

"Kenapa pula kau tunggu aku?" Arman menyoal lagi. Pelik bila Shafiyah sedang menunggu dia. Ada sesuatu yang penting ke?

"Saya nak bagi ni," bungkusan makanan itu diserahkan pada Arman.

"Kenapa kau bagi dekat aku?"

"Papa yang suruh bagi. Sebelum datang masjid tadi, kami ada singgah kedai makan. Mama tak sihat dan dia teringin nak makan nasi goreng kampung. Ini papa tak sengaja beli lebih. Jadi papa minta saya bagi ni dekat awak. Ke awak tak nak?"

Arman mengambil bungkusan makanan itu dari tangan Shafiyah. Rezeki dia malam ni. Tak perlulah dia singgah di kedai untuk membeli makanan.

"Terima kasih," ucap Arman sambil tersenyum.

"Sama-sama,"

Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing merasa canggung bila berduaan macam ni.

"Ehem! Kau...kau taknak balik ke?" Soal Arman pada Shafiyah.

"Eh nak! Err saya balik dulu."

Arman mengangguk. Sempat Shafiyah menghadiahkan senyuman sebelum dia membalikkan tubuh untuk kembali ke tempat parking kereta papanya.

"Eh Rosmah, tunggu kejap!"

Kening Shafiyah terjongket sedikit. Telinga dia tak salah dengarkan? Arman panggil dia Rosmah? Again!?!?

"Apa awak panggil saya? Rosmah?" Shafiyah menyoal tidak puas hati.

"Entah. Itu je nama yang otak aku ingat bila nampak muka kau,"

CINTA UNTUK KANDAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt