BAB 27

1.1K 55 4
                                    

Kereta Mazda CX-5 milik Shafiyah diberhentikan di sebuah rumah banglo dua tingkat. Mata meliar ke seluruh kawasan rumah itu. Matikan enjin, Shafiyah segera keluar dari kereta.

"Eh, ada pemandu. Aku ingatkan kereta jalan sendiri tadi," ujar Arman sebaik saja Shafiyah keluar dari kereta. Arman pula datang dengan keretanya sendiri.

"Mulalah tu nak mengata saya. Kalau sehari tak mengata saya tak boleh ke?" Shafiyah menyoal geram. Sejak semalam, Arman kembali cari pasal dengan dia. Dia pun tak tahu sebab apa.

"Alah, kau tu yang tak sedar diri. Dah tahu diri kau tu kecil cenonet aje, buat apa pakai kereta besar? Dengan ukuran mini macam kau ni, sesuai pakai kereta kancil je."

"Suka hati sayalah. Lagi pun kereta ni bukan saya yang beli. Papa yang beli. Papa tu orang kaya angkuh. Beli kereta macam beli gula-gula. Daripada dia jual balik kereta ni, baik saya guna."

"Sempat pula kau mengata papa kau. Aku bagitahu papa nanti baru tahu,"

Shafiyah ketawa. Dah selalu juga dia mengata papanya. Mengata depan-depan pula tu.

"Jomlah kita masuk. Panas," ajak Shafiyah. Arman menurut dan dia mengikuti langkah Shafiyah.

Masuk saja ke dalam rumah, Arman terpegun dengan kecantikan dekorasi rumah itu. Kena dengan citarasanya. Oleh kerana berpuas hati, bibir menguntum senyum.

"Cantiknya! Pandai papa pilihkan dekorasi rumah untuk kita. Awak suka tak?" Shafiyah bertanya pula pada Arman.

Arman jatuhkan kepala. Ya, dia suka.

"Awak, jom kita tengok bilik dekat atas."

Arman mengangguk sebelum mengikuti Shafiyah dari belakang. Tergeleng kepalanya bila Shafiyah berlari seperti kanak-kanak menuju ke tingkat atas. Teruja bukan main. Macam tak pernah tengok rumah.

Shafiyah buka pintu bilik pertama. Luasnya. Mungkin ini master bedroom. Shafiyah buka pula pintu kedua. Lebih kecil saiz keluasannya.

"Awak, saya rasa ini bilik utama. Jadi kita duduk dekat bilik yang inilah. Nanti awak angkat barang kita letak dalam bilik ni. Nanti saya kemas,"

"Aku ambil bilik ni," kata Arman sambil membuka pintu bilik kedua tadi.

"Eh? Kenapa pula awak nak duduk bilik ni? Bilik yang ni lagi luas." Shafiyah tunjuk ke arah bilik utama itu.

"Aku tahu bilik tu lebib luas. Lebih selesa. Tapi aku nak duduk dalam bilik ni. Kau duduk sajalah dalam bilik tu. Senang kata, kita berpisah bilik."

"Awak...taknak duduk sebilik dengan saya?" Shafiyah menyoal perlahan.

"Ermm lebih tepatnya begitulah," jawab Arman tanpa perasaan.

"Tapi kenapa?" Makin tidak kedengaran suara Shafiyah. Sedihnya rasa hati bila Arman tak mahu tinggal sebilik dengannya.

"Aku perlukan privasi. Minggu depan aku dah mula kuliah. Jadi aku mahukan ruang untuk fokus belajar. Aku..."

"Awak taknak saya ganggu awak? Saya ni masalah dalam hidup awak? Awak nak cakap saya punca awak tak boleh fokus belajar kalau kita tinggal sebilik? Macam tu?" Bertubi-tibu Shafiyah menyoal. Langsung tak beri peluang pada Arman untuk menjelaskan.

"Bukan macam tu. Kau..."

"Tak apa. Saya faham," sekali lagi Shafiyah memotong percakapan Arman.

"Sha..."

"Nanti awak angkat beg saya letak depan pintu. Saya penat. Saya nak rehat." Shafiyah terus memboloskan diri ke dalam bilik. Meninggal Arman yang terkebil-kebil didepan pintu.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now