BAB 47

1.1K 58 9
                                    

Azim sedang termenung dibalkoni. Fikirannya sedang memikirkan apa yang terjadi antara Arman dan Shafiyah. Satu perkara yang dia yakin adalah Arman akan bencikan isterinya sendiri. Bila memikirkannya, hatinya rasa gembira.

"Happy nampak?"

Azim berpaling. Bibirnya melakar senyuman pada gerangan yang sedang bersandar pada sliding door itu. 

"Mestilah. Apa yang I rancang berjalan dengan baik. Siapa je yang tak happy?"

"Tapi I yang merana. You fokus sangat pada plan you sampai abaikan I,"

"Angel sayang...kan I dah ada untuk you ni. Kenapa nak merajuk lagi?"

Tubuh Angeline dirapati sebelum dia labuhkan satu ciuman dibibir.

Angeline menolak tubuh Azim menjauh. Bau arak yang diminum oleh Azim tadi masih kuat.

"You masih mabuk ke?" Angeline menyoal.

"Tak, I tak mabuk. I minum sikit je tadi,"

Angeline mengangguk faham lalu dia berjalan masuk dan duduk dikatil. Kaki disilangkan sambil memandang Azim yang masih berada di depan pintu.

"So, you dah puas hati ke selepas dapat lakukan apa yang you rancangkan?"

"I puas hati sebab I dah jalankan rancangan I dengan baik. Cuma I perlu tunggu apa yang akan berlaku lepas ni. Sama ada diorang akan bercerai atau sebaliknya."

"Macam kalau rancangan you tu gagal? Arman takkan ceraikan isteri dia. Sebaliknya dia orang akan lebih bahagia,"

"Tak, I yakin yang dia orang takkan bahagia lagi. Sebab I tahu, Arman tak suka pengkhianat. Isteri dia dah curang dengan dia. Buat apa dia orang masih bersama?" Azim berkata yakin. Dia percaya bahawa Arman akan membenci Shafiyah.

"I kesiankan Arman," luah Angeline.

"Kenapa you nak kesiankan dia?" soal Azim tak puas hati. Dia berjalan masuk kemudian labuhkan duduk disebelah Angeline. Anak mata Angeline ditenung dalam.

"I kesian sebab dia percayakan you sebagai kawan dia. Tapi you pula, khianati dia. You tak rasa bersalah ke?"

Renungan matanya berubah menjadi tajam. Dada semakin berombak laju menahan marah. 

"You tak faham, Angel. Bapa dia dah hancurkan keluarga I! Keluarga I berpecah belah disebabkan bapa dia yang tak guna tu."

"Jadi you patut balas dendam pada bapa dia. Bukan pada Arman,"

"Sebab I tak boleh buat dekat bapa dialah, I buat semua ni pada Arman. Cuma Arman je anak dia yang paling bodoh,"

"Jadi you sebenarnya seorang yang pengecut. You cuma berani sebab Arman tu bodoh. Kalau Arman tu cerdik, you takkan mampu nak balas dendam ni pada dia, kan?"

"You ni kenapa? Kalau you tak suka I buat semua ni, you tak payah masuk campur."

"I bukan tak suka, Azim. Tapi you tu, fokus sangat pada plan you sampai abaikan I."

Azim tersenyum nakal memandang Angeline disebelah.

"Alolo sayang I ni, you sedih sebab I abaikan you ke?" Hidung mancung Angeline dicuit lembut.

"Bukan I yang sedih. But our baby yang sedih,"

"Our baby? What do you mean?" Azim menyoal bingung.

"I'm pregnant. Dah 5 minggu," ujar Angeline.

Azim segera bangun dari katil sambil menekup mulutnya sendiri. Dia masih tak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

CINTA UNTUK KANDAOnde histórias criam vida. Descubra agora