EPILOG

2K 56 16
                                    

Majlis konvokesyen berlangsung hari ni. Tapi Arman langsung tak ada semangat sepanjang majlis. Dia gembira kerana telah berjaya menamatkan pelajarannya. Yang dia tak gembira, Shafiyah tak datang ke majlis itu. Yang datang, cuma mummy dan daddy. Alasan yang Shafiyah bagi, susah nak bawa anak-anak mereka.

"Haih," tanpa sedar, keluh dilepaskan.

Faez disebelah menoleh. Hairan sungguh dia dengan Arman hari ni. Langsung tak ceria seperti selalu. Ingatkan bila masalah dah selesai ni, Arman makin gembira. Tapi sangkaannya agak meleset. Adakah Arman ada masalah lain?

"Kau okay?" Faez bertanya. Risau juga dia tengok Arman tu.

"Okay je," balas Arman ringkas. Kemudian, dia alihkan pandangan ke pentas. Apa yang dibicarakan oleh pengacara majlis pun dia tak pasti sangat. Dia tak boleh nak fokus dari tadi.

"Kau selalunya tak macam ni, Arman. Kau cakap dekat aku, kau okay ke tak ni?"

"Aku okay je. Cuma aku rasa sedih sikit sebab isteri aku tak datang majlis konvo aku. Aku...sebolehnya nak dia datang," luah Arman.

"Kenapa dia tak datang?" Faez bertanya lagi.

"Dia kena jaga anak-anak aku. Susahlah kalau dia nak bawa dua ketul tu. Tapi aku faham. Yang dia jaga tu bukan anak orang lain. Anak aku juga," kata Arman nak sedapkan hati. Senyum cuba diukir walaupun nampak hambar.

"Dia support kau dari jauh pun dah okay. Kau tak payahlah nak sedih sangat. Akukan ada. Aku boleh teman kau." Faez paut lengan Arman lalu dipeluk erat.

Arman tarik semula tangannya. Tubuh Faez ditolak menjauh. Tak jadi Faez nak jatuhkan kepala ke bahu Arman.

"Gelilah, Faez. Kau jangan sampai aku tukar majlis konvokesyen ni jadi majlis tahlil kau," kata Arman kasar. Satu jelingan dia hadiahkan buat Faez.

Faez buat tak tahu. Dia langsung tak kisah dengan apa yang dikatakan oleh Arman itu. Bukan tak biasa dia bergurau dengan Arman macam tu. Dia kembali fokus pada majlis yang sedang berlangsung. Tak peduli lagi pada Arman disebelah.

Usai majlis selesai, Arman keluar dari dewan untuk mencari mummy dam daddynya. Matanya meliar ke sekeliling untuk mencari keberadaan orang tuanya. Bila matanya menangkap dua figura yang dikenali, Arman cepatkan langkah menghampiri.

"Mummy, daddy!" Arman menjerit memanggil orang tuanya.

Tuan Hafiz dan Puan Ayana tersenyum dari kejauhan. Mereka menukar langkah ke arah Arman berada.

"Mummy, daddy...Arman dah berjaya habiskan pengajian Arman. Alhamdulillah, Arman dah berjaya hadiahkan segulung ijazah untuk mummy dan daddy."

"Alhamdulillh. Tahniah anak mummy," ucap Puan Ayana lalu memeluk tubuh anaknya itu.

"Terima kasih, mummy." Arman turut membalas pelukan itu.

"Tahniah, Arman. Daddy bangga dengan anak daddy,"

"Baru hari ni daddy nak bangga dengan Arman. Selalu daddy tak bangga pun dengan Arman," kata Arman sambil tersenyum mengejek.

"Eh budak bertuah ni. Tak pasal-pasal kamu dapat hadiah penampar nanti,"

Tawa Arman meletus. Dia sengaja nak mengusik daddy. Dia dan daddy tu selalu bergaduh. Jarang nak berdamai.

"Terima kasih, daddy." Arman peluk tubuh Tuan Hafiz. Erat.

Sebelah tangan Tuan Hafiz membalas pelukan sambil menepuk perlahan belakang badan Arman.

"Arman! Tengok ni." Puteri Amani datang sambil mendukung kedua-dua puterinya. Kiri dan kanan digendongnya. Entah dari mana kakaknya muncul pun dia tak pasti. Tapi apa yang mencuit hatinya adalah, puteri-puterinya.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now