BAB 56

1.4K 59 9
                                    

Mata yang terasa berat itu dibuka perlahan. Shafiyah melihat dirinya yang sedang berbaring di atas katil. Seingat dia, tadi dia tertidur di atas sejadah selepas solat subuh. Mesti Arman yang bawa dia ke katil.

"Good morning, anak-anak mama." ucap Shafiyah sambil mengusap perutnya. Kandungannya sudah masuk ke trimester kedua. Tapi perut dia besar lain macam. Mungkin disebabkan dia mengandung anak kembar. Tambahan pula, badannya kecil je.

Perlahan-lahan Shafiyah bangun dari katil. Dia berehat sekejap kerana rasa penat. Nak bangun dari katil pun bukan main susah.

Dia melangkah menuruni anak tangga menuju ke dapur. Pagi-pagi macam ni, mesti Arman tengah menyediakan sarapan. Sejak dia mengandung, Arman yang banyak melakukan kerja rumah walaupun dia tak minta. Butik pun dia jarang pergi. Dia serahkan semua kerja pada pekerjanya. Kadang tu, mama yang akan ke sana untuk membantu.

"Arman..." Shafiyah memanggil Arman.

Laju Arman pusingkan tubuh sebaik saja namanya diseru.

"Eh dah bangun? Good morning, mak pingu."

Shafiyah tayang muka menyampah. Nama baru yang Arman berikan untuk dia. Geram betullah.

"Asyik panggil saya mak pingu je. Teruk sangat ke cara saya berjalan? Macam pingu ke?"

"Tak adalah. Mana ada teruk. Cuma Arman rasa Sha comel sejak perut dah memboyot ni. Jalan dah terkangkang. Kalau masuk trimester ketiga nanti, mungkin Sha berjalan macam anak badak. Mesti lagi comel," kata Arman. Itu pujian ke apa?

"Seronok mengata saya?" soal Shafiyah sambil bercekak pinggang. Kalau dapat suami jenis mulut tak bertapis ni payah juga. Kena banyakkan bersabar sajalah.

Arman tersengih menayangkan gigi. Cepat-cepat dia tarik kerusi supaya Shafiyah duduk disitu. Kesian isterinya penat berdiri. Sekali gus, nak memujuk selepas seronok mengata isteri sendiri.

"Duduklah, sayang. Kita makan dulu. Kesian anak-anak kita lapar dekat dalam sana,"

Shafiyah menghadiahkan satu senyuman sebelum dia melabuhkan punggung dikerusi.

"Anak-anak ayah nak makan apa? Ada roti...err ada roti je. Sebab mama kau orang nak makan roti je hari ni. So, ayah tak masak yang lain. Anak-anak ayah nak makan roti dengan kaya pandan atau jem strawberi?"

Shafiyah ketawa kecil. Lucu melihat gelagat Arman yang bertanya pada anak-anak mereka.

"Babies tendang," ujar Shafiyah.

"Iya?" Cepat-cepat Arman lekapkan tangan ke perut Shafiyah. Bibir tersenyum lebar. Gembira bila dia dapat merasa tendangan kecil itu.

"Mungkin dia nak jawab pertanyaan ayahnya tadi. Saya rasa...dia orang nak makan roti dengan jem strawberi,"

"Okay boleh! Kejap, ayah sapukan jem pada roti. Anak-anak ayah tunggu tau,"

Arman mengambil sekeping roti. Penutup botol jem strawberi dibuka. Lalu dia sapukan pada roti itu. Setelah itu, Arman hulurkan roti itu pada Shafiyah.

"Ini roti untuk anak-anak ayah. Tunggu mama makan ya, sayang ayah." Arman usap perut Shafiyah.

Shafiyah senyum segaris lalu dia bawakan roti ke mulut. Tak sempat nak suapkan roti ke dalam mulut, tiba-tiba dia rasa mula. Pantas dia menekup mulutnya.

"Kenapa, sayang?" soal Arman risau.

"Tiba-tiba rasa mual. Tak jadilah saya nak makan roti dengan jem strawberi." Shafiyah hulurkan semula roti itu kepada Arman.

"Habis tu Sha nak makan apa? Arman boleh masakkan,"

Shafiyah menggeleng. Dia tak rasa nak makan apa-apa. Dia memang nak makan roti. Tapi bau jem strawberi itu membuatkan dia rasa mual.

CINTA UNTUK KANDAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin