BAB 40

1.3K 56 5
                                    

Pintu bilik Arman ditolak perlahan. Matanya meliar mencari kelibat Arman. Melihat Arman yang sedang fokus belajar, rasa macam nak batalkan niat untuk menggoda Arman. Baju tidur satin paras lutut dipandang. Baju ini adalah pemberian daripada ibu mertuanya.

"Haih, kalau nak goda suami memang kena pakai seksi ke?" Shafiyah lepaskan keluh. Dia tak suka pakai baju macam ni. Tapi bila ibu mertuanya tak habis bertanya bila dia nak pakai baju ni, dia terpaksa pakai juga. Demi nak menambat hati Arman. Tapi nasib baik baju tidur itu tak terlalu seksi.

Shafiyah menghampiri Arman. Namun Arman mengabaikan saja kehadiran Shafiyah disitu. Masih fokus dengan tugasnya.

Shafiyah yang tak puas hati, segera duduk di atas riba Arman. Terkejut Arman bila Shafiyah tiba-tiba sahaja duduk di atas pahanya.

"Kau nak apa?" soal Arman geram.

"Nak awak." Shafiyah tersenyum nakal sambil tangannya naik merangkul leher Arman.

"Aku tak ada masa nak melayan." Arman menolak tubuh Shafiyah supaya turun dari ribanya.

Shafiyah keraskan tubuh. Rangkulannya makin dikemaskan supaya tidak terjatuh.

"Sha..." Muka Arman tak puas hati. Mata mencerlung tajam. Namun, Shafiyah tidak gentar.

Cup! Cup!

Setiap inci wajah Arman dikucupnya. Sengaja mahu menganggu kerja Arman.

"Sha! Aku nak study. Jangan ganggu boleh tak?" wajah Shafiyah ditolak menjauh.

"Awak tak suka?"

Arman tak menjawab. Kemudian ditolak Shafiyah agar bangun dari ribanya. Lama dia merenung ke dalam anak mata Shafiyah. Mencari jawapan untuk tindakan Shafiyah tadi.

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Tadikan saya dah bagitahu. Saya nak awak," jawab Shafiyah sambil berpeluk tubuh.

"Buat apa kau nak aku?"

"Buat anak," jawab Shafiyah selamba membuatkan Arman bulatkan matanya. Terkejut. Gila betul isteri dia.

"Kau gila ke?" 

"I'm serious, Arman. Saya tak main-main,"

Arman memandang Shafiyah dari atas ke bawah. Patutlah Shafiyah pakai baju tidur yang lebih seksi dari biasa. Rupanya nak goda dia. Keluhan kecil terlepas dari bibir Arman.

"Aku belum sedia nak ada anak. Dan aku belum bersedia nak jadi ayah,"

Pengakuan daripada Arman itu jelas membuatkan Shafiyah terkejut.

"Why? May I know the reason?" soal Shafiyah. Setia menanti jawapan daripada Arman.

"Come, sit here." Arman menarik Shafiyah semula agar duduk di atas ribanya. Kali ni dia serius. Tak mahu Shafiyah terasa hati jika dia menolak kemahuan isterinya itu.

Nafas disebut dalam sebelum dihembus perlahan. Wajah Shafiyah ditatap penuh rasa sayang. Rambut Shafiyah yang terjuntai Arman selitkan ke belakang telinga.

"Aku bukan taknak anak. Cuma sekarang bukan waktunya. Tanggungjawab aku sebagai suami lebih besar berbanding kau sebagai isteri. Sepanjang kita kahwin ni, aku tak jadi suami yang baik untuk kau. Macam mana aku tak dapat jadi ayah yang baik untuk anak kita? Aku masih belajar, Sha. Aku belum ada pekerjaan yang tetap. Duit nafkah untuk kau pun aku hanya mampu bagi sikit je. Kalau ada anak, nak kena bagi nafkah dekat anak pula. Aku taknak jadi ayah yang tak guna," luah Arman.

"Jadi awak taknak anak hanya sebab awak tak ada duit yang cukup?"

Arman mengangguk perlahan. Cukuplah dia sudah gagal menjadi suami yang baik untuk Shafiyah. Dia tak mahu anaknya nanti akan dapat ayah yang tidak bertanggungjawab pula.

CINTA UNTUK KANDATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang